Selamat Datang ke Se'Toulouse' Hati

jangan dianggap agama hanya sekadar amalan untuk perkahwinan, kematian, dan lima asas kerana agama lebih dari itu.

jeudi 6 novembre 2014

Bordeaux, Bangunan Besar - besar (Bahagian 2)

Bismillah,

Assalamualaikum wbt,

sekian lamanya tidak menyentuh blog ni, akhirnya alhamdulillah ada juga kesempatan membuat nukilan ringkas.

Kali ni, saya ingin menyambung cerita yang tertangguh tentang percutiaan di Bordeaux pada cuti krismas tahun lepas (awas! sesiapa yang alah pada perkataan ni, bukan tanggungjawab saya untuk mengbatinya ^^).

Sebaik sahaja kami (saya, Asyraf dan saudara muslim) tiba di sebuah bangunan, kami diberitahu bahawa masjid tu tutup. Kami mengorak langkah ke masjid yang lain (gambar yang saya muatnaik di episod lepas).

Kami solat maghrib dan jamak terus solat isyak. Seusai solat, saudara tadi, oh, biar saya kenalkan pada semua. Namanya Grégory dan dia lebih suka dipanggil Hisyam. Berasal dari Paris dan dia memang lahir dalam keluarga bukan penganut islam. Sebaik kami selesai solat, dia memperkenalkan kepada kami beberapa saudara di dalam masjid.

Kami mula berkenalan dan subhanaAllah, seolah olah kami saling mengenali antara satu sama lain dari dahulu lagi.

Nak diringkaskan cerita, sememangnya saya kagum dengan keimanan yang ada di dada Hisyam. Tidak pernah saya ragui.

"Biarlah semua yang dia ada hilang, asalkan di hatiku masih ada Allah,"

inilah ungkapan yang benar - benar menyentuh hatiku. Keyakinannya tentang bantuan Allah sentiasa ada.

*nak kata kat sini, bukannya ada Allah dalam hati hidup senang tak buat apa - apa, tapi nak kata yang kalau dalam hati kita ada keyakinan pada bantuanNya, kalau kita usaha, insyaallah akan dipermudahkan. Kalau tak dapat satu benda ni, mesti ada sebab kenapa Allah tak bagi.

Aku tak pernah kecewa dengan percutian ini. Semoga Allah memberi peluang kepadaku untuk bertemu dengannya kembali suatu hari nanti insyaAllah.

dimanche 5 janvier 2014

Bordeaux, Bangunan Besar - Besar

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Kali terakhir saya mengemaskini blog ini, adalah dua tahun lepas. Bukannya apa, saya rasa hanya cerita dan pengalaman yang benar - benar menarik dan indah sahaja yang saya bergitu teruja untuk menukilkannya. Kalau anda perasan, pos terakhir yang saya buat sebelum ini mengisahkan perjalanan pulang saya ke Malaysia dari Perancis dan pada ketika itu, saya dimurahkan rezeki bertemu imam - imam muda Gaza. Itulah namanya ketentuan Allah. Walaupun sepanjang perjalanan itu, saya melalui berbagai - bagai rintangan termasuklah pihak lapangan terbang Paris yang tercicir beg galas saya.

Ok, kali ni saya nak kongsi pula kisah percutian saya di Bordeaux, bandar di barat daya Perancis.

Kali pertama berjalan - jalan di bandar ni, memang saya sangat teruja dengan infrastruktur bangunan di sini. Bangunan dia memang besar - besar berbanding bandar - bandar lain di Perancis.

Setiap kali saya berjalan, ia mengimbau kembali kenangan - kenangan silam. Suatu kawasan itu mengingatkan kembali kepada bandar Kordoba, Sepanyol yang mana bangunannya berwarna kuning emas dan besar. Manakala ada juga yang mengingatkan kepada Granada, juga di Sepanyol ketika mana jalan di kawasan bandar itu kecil dan sempit.

Dipendekkan cerita, kisah bermula ketika saya dan seorang kawan ingin mencari sedikit - sebanyak info pelancongan di bandar ini malangnya, pejabat pelancongan itu pula tutup. Hujan pula mula turun dengan lebatnya (bukan seperti di Malaysia kerana istilah lebat di sini tidak selebat di Malaysia).

Kami berlari menuju ke hentian tram terdekat. Memang ramai sedang menunggu untuk pulang menuju ke destinasi masing - masing. Kami menanti tram dan beberapa minit kemudian, Asyraf, rakan saya tadi berkata pada saya.

"Li, cuba tengok mamat sebelah ni," sambil tangan di dalam poket menahan kesejukan.

Saya melihatnya dan sedikit teruja kerana lelaki tersebut sedang membaca al - Quran tafsir. Bajunya separa jubah ibarat baju orang Afganistan sambil kepalanya diletakkannya sehelai kain seperti serban. Wajahnya separa kelihatan dengan lilitan kain tersebut, yang saya sangkakan untuk menahan sejuk. Maka hanya sepasang mata sahaja yang kelihatan.

Saya kemudian duduk di sebelahnya dan mula menyapa.

"Assalamualaikum akhi," lalu kuhulur tangan bersalam. Biasanya setiap kali seorang muslim saya tegur, akan saya sebut perkataan "akhi" yang bermaksud saudaraku/abangku dan ini sebenarnya perkataan dari bahasa arab.

Dia menoleh dan dari raut matanya dapat saya rasakan dia sedang tersenyum dan teruja melihat muslim dari benua asia.

Namun, saya masih kehairanan kerana dia seolah - olah tidak faham perkataan tersebut. Lalu saya ulang kembali tetapi kali ini saya menyebut dalam bahasa perancis. Lantas dia kelihatan lebih teruja lalu dibukanya lilitan dikepalanya.

Kini hanya ada sebuah topi hijau di atas kepalanya. 

Ya, memang saya terperanjat apabila melihat seorang lelaki Eropah, bermata hijau berambut perang sedang berada di hadapan saya. Bukannya apa, di Perancis ni, majoriti orang islam berbangsa arab jadi memang sukar nak jumpa islam dari bangsa lain. Indahnya ciptaan Allah supaya kita dapat saling mengenali antara satu sama lain.

"Wahai manusia! Sungguh, Kami telah menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan, kemudian kami jadikan kamu berbangsa - bangsa dan bersuku - suku agar kamu saling mengenal. Sungguh, yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa. Sungguh, Allah Maha Mengetahui, Maha Teliti." QS [49:13]

Rupa - rupanya dia nak pergi ke Masjid untuk solat Maghrib.

Siapa sangka percutian kali ni memang menyeronokkan lagi - lagi dapat jumpa masjid di bandar besar.


Masjid Bordeaux
suasana dalam masjid sementara menunggu masuk waktu isyak

ok, sampai di sini sahaja dulu untuk kali ni. insyaallah akan saya sambung di masa akan datang. Sekian,