Selamat Datang ke Se'Toulouse' Hati

jangan dianggap agama hanya sekadar amalan untuk perkahwinan, kematian, dan lima asas kerana agama lebih dari itu.

lundi 27 décembre 2010

Dunia memang tak adil.. bahagian ke dua

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. akhirnya berpeluang juga berkongsi ilmu untuk kali ini..


dalam hidup kita ini sebagai seorang yang menganut agama islam, senantiasa kita memegang prinsip bahawa beriman kepada kitab kitab. kita sebagai pemimpin yang dipilih olehNya untuk menyampaikan penyaksian kebenaran sewajibnya beriman kepada alQuran. 


inilah manual hidup yang paling berkesan untuk panduan perjalanan di muka bumi ini.


tapi seringkali terlintas difikiran suatu ketika dulu, cukup kah kalau sekadar baca? tentang bacaan, alhamdulillah tak ada la masalah sangat. nak hafal tu, ada jugak la sikit lubang nya. 


jadi, apa kaitan manual hidup dengan sekadar membaca isi nya?


ha... di saat inilah bermulanya pencarian...


zaman kegemilangan islam suatu ketika dulu, al Quran merupakan rujukan utama mereka dalam menjalankan kehidupan harian termasuklah politik, urusan kekeluargaan dan banyak lagi selain sembahyang, puasa dan zakat.








tetapi saat kejatuhan islam, alQuran mula jauh dari masyarakat islam sendiri. tetapi jauh di sini bukanlah bermaksud tidak memilikinya setiap seorang tetapi masyarakat tidak membaca apatah lagi memahami isinya. setiap rumah boleh dikatakan memiliki alQuran tetapi belum tentu memahami isi kandungannya.


tahu atau tidak, musuh kita dari dulu lagi sentiasa mencuba untuk menjauhkan alQuran dari hati kita dan inilah antara kejayaan mereka yang sentiasa mereka impikan.


ok lah tak nak melalut lagi. kali ni, sambung pulak isu lalu, dunia memang tak adil. ini yang selalu orang kata lah, saya tak kata. saya cuma nak kongsi pengalaman sahaja...




antara soalan yang kerap manusia kemukakan:


1. Kenapa aku sentiasa Diuji? 

   'Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan menyatakan ,"Kami telah beriman," dan mereka telah diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang sebelum mereka , maka ALLAH pasti mengetahui orang-orang yg benar dan orang - orang yang berdusta'


Al-Ankabut : 2-3


dengan ujian inilah yang sebenarnya akan menentukan kita ini benar benar beriman atau tidak terhadapNya.

betullah kan. nak keluar dari mulut kita ayat 'aku sudah beriman' memanglah mudah tapi keunggulan ayat tersebut mestilah diujikan? macam orang buat kereta lah. kalau siap buat tapi tak di periksa pun tak jadi jugak kan???



Dia tahu apa yang kita tak tahu. Inilah janjiNya dan yakinlah.




2. Kenapa Aku tidak mendapat apa aku idam-idamkan

'Diwajibkan atas kamu berperang , padahal itu tidak menyenangkan bagi kamu , tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu , itu baik bagimu . Dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu . Padahal itu tidak bagimu. ALLAH mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui' 


Al-Baqarah : 216

tapi dalam ayat ni jangan terus salah faham ye!!! 
perang tidak bermaksud perang senjata bunuh membunuh tetak menetak pancung memancung. perang disini termasuklah perang melawan nafsu contohnya. masyarakat sekarang lebih lebih lagi yang mempunyai penyakit ISLAMOFOBIA sering menganggap bahawa perang membawa maksud keganasan. jangan salah faham ye.


contohnya la kan, perang melawan nafsu nak membeli barang yang bukan penting disaat itu. bunti memang macam 'alah, semua orang buat macam tu' tapi hakikatnya, kita tidak sedar adakalanya kita tumpas dalam melawan nafsu kita. di musim perayaan contuhnya, kita nakkan semuanya baru. tabir baru, sofa baru baju baru dan semua serba baru.hakikatnya, benda ni bukanlah menjadi kepentingan kita. kita tidak pernah terfikir saudara kita di palestin contohnya yang masih dalam kesukaran dan diburu kesempitan hidup. lihatlah betapa tumbangnya kita dalam kehidupan ini. malah, kita juga akan diuji keimanan dengan harta benda duniawi ini. Dia mengurniakan kita harta ini adalah bertujuan untuk menguji kita sama ada kita akan beriman atau akhirnya lalai akan tanggungjawab.


fuh, panjang lebar. nak terangkan pun rasa macam tak cukup dalam satu page ni.

3. Kenapa ujian seberat ini ?

'Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya . Dia mendapat (pahala) dari (Kebajikan) yang dikerjakan dan dia mendapat (siksa) dari (kejahatan) yang diperbuatnya . (Mereka Berdoa), "Ya Tuhan kami , janganlah engkau hukum kami jika kami lupa atau melakukan kesalahan . Ya Tuhan kami janganlah Engkau bebani kami dengan beban yang berat sebagaimana Engkau bebani orang-orang sebelum kami . Ya Tuhan kami , janganlah engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya . Maafkan kami dan ampunilah kami dan rahmati kami , engkau pelindung kami , maka tolonglah kami menghadapi orang-orang kafir.'



Al-Baqarah : 286




dan terjawablah soalan hidup ini...
orang selalu cakap,


pengalaman mengajar kita dalam mengharungi kehidupan. sepahit pahit dugaan akan membawa kepada semanis manis kejayaan.


Allah menguji kita dengan kemampuan yang kita miliki yang adakalanya kita rasakan ujianNya terlalu berat untuk dilalui sedangkan kita sebenarnya mampu melaluinya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segalanya. Dia tahu kemampuan kita cuma kita sahaja yang terlalu manja dalam mengharungi kehidupan.




sehingga di sini. Mohon maaf andai terkasar bahasa. Sekian, assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh...



mardi 30 novembre 2010

Dunia memang tak adil..

assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera.

     diharap saudaraku sekalian sihat sejahtera. mungkin topik kali ini selalu bermain di fikiran kita sehingga adakalanya kita berputus asa dalam mengharungi hari - hari seterusnya.

     baiklah, seringkali kita mengungkap dunia ini tidak adil ketika kita ditimpa masalah yang adakalanya hanya sekecil zarah  dan terlalu mudah untuk dirungkaikan. kononnya dunia ini tidak adil terhadap manusia. kenapalah kita ini tidak diciptakan untuk menjadi baik sahaja kan? sehingga tidak perlu wujudnya manusia yang tikam belakang, mengatakan keburukan kita, mengumpat kita, menghina kita malah yang memfitnah kita. wow! alangkah indahnya dunia jika keadaan macam tu.

     tapi terfikirkah kita sekiranya dunia ini hanya dipenuhi oleh masyarakat yang baik dan tidak melakukan kejahatan?

     terfikirkah kita sekiranya dunia ini tidak ada yang merosakkan keindahan alam?

     terfikirkah kita suasana tanpa manusia yang menjadi boneka dalam menjatuhkan masyarakat lain?

     malah, adakah kita terfikir manusia yang Allah ciptakan adalah untuk menguji iman kita?

     kalau tidak ada kepelbagaian ragam manusia ini, tidak adalah yang akan di uji keimanannya bukan?  pasti dunia ini akan melahirkan umat manusia yang menjaga bumi warisanNya untuk manusia yang dukehendakiNya. pasti tidak ada penindasan masyarakat di Palestin. sudah pasti tidak ada manusia yang melakukan kerosakan di muka bumi dan hal ini sememangnya bertentangan dengan penjelasan al Quran.

     Surah Rum ayat 41:
   TELAH NAMPAK KEROSAKAN DI DARAT DAN DI BUMI DISEBABKAN KERANA PERBUATAN TANGAN MANUSIA; ALLAH MENGKEHENDAKI AGAR MEREKA MERASAKAN SEBAHAGIAN DARI AKIBAT PERBUATAN MEREKA AGAR MEREKA KEMBALI

wow!!!

kalau tidak wujud golongan yang jahat, pasti firmanNya yang saya ungkapkan tadi bercanggah bukan?

dan bagaimana pula dengan ayat 11 surah al Hujurat

   Wahai orang - orang yang beriman! janganlah sesuatu kaum mengolok - olok kaum yang lain, kerana boleh jadi mereka(yang diperolokkan) lebih baik dari mereka(yang memperolok - olok), dan janganlah perempuan - perempuan (memperolok - olokkan) perempuan lain, kerana boleh jadi perempuan - perempuan (yang diperolok) lebih baik dari perempuan(yang memperolok - olok), janganlah kamu mencela satu sama lain, dan janganlah saling memanggil dengan gelaran - gelaran yang buruk. Seburuk - buruk panggilan adalah (panggilan) yang buruk(fasik) setelah beriman. Dan barangsiapa tidak bertaubat, maka mereka itulah orang - orang yang zalim.

     Hah!!!

     sekarang dah nampak tak macammana dunia kalau tidak wujud golongan yang membuatkan kita merasa dunia ini tidak adil.

Selain itu, kita juga mengatakan dunia ini tidak adil kerana setiap masyarakat tidak memiliki kekayaan yang sama rata. Kenapa wujudnya golongan yang kaya dan ada pula yang miskin?

ha!! inilah kuasa Allah dalam menguji keimanan kita. manusia sememangnya diciptakan untuk menyembahNya, patuh kepada suruhanNya dan meninggalkan segala larangan.

     alah, perkara yang dilarang oleh Pencipta kita ini bukanlah susah mana pun. arahan asas yang diperintahkan oleh Nya apalah sangat kalau dibandingkan dengan kerja - kerja lain.

solat lima waktu, tunaikan zakat, berpuasa, tinggalkan yang di larang serta lakukan yang diperintahkan. 

LIHATLAH ALAM!!! ALANGKAH MUDAHNYA SURUHANNYA UNTUK KITA LAKUKAN.....

TAKKAN ARAHAN ASAS SEMUDAH INI PUN MASIH SUKAR UNTUK DILAKUKAN???

JANGANLAH TERLALU DITURUTKAN NAFSU YANG TELAH MENGAWAL HATI SERTA KEINGINAN YANG TERLAMPAU;

Dalam al Quran sering kali di ulang peringatan bahawa manusia ini jika diberi kesenangan akan mudah lupa akan ujianNya. Jika ada yang beringat bahawa harta itu hanyalah sekadar pinjaman dan tidak kekal, alhamdulillah tapi jika yang terlalai, wallahuwalam.

Bagi yang fakir pula, Dia menguji adakah si fakir itu tergolong dalam golongan yang berusaha ataupun golongan yang berputus asa. 

Ha!! pasal berputus asa ini pun kerap di ulang di dalam al Quran. Tak tahu nak pilih yang mana satu. kalau buka dab baca al Quran tu, memang sering dingatkan kepada kita bahawa Allah tidak menyukai hambaNya yang berputus asa.

teringat satu ayat yang betul - betul menyentak hati menyedarkan diri:

 'DAN KEHIDUPAN DUNIA INI HANYA SENDA GURAU DAN PERMAINAN. DAN SESUNGGUHNYA DUNIA AKHIRAT ITULAH KEHIDUPAN YANG SEBENARNYA.? SEKIRANYA MEREKA MENGETAHUI'

surah Rum ayat 64

WOW!!!

sedarkah kita selama ini?
 baru - baru ini ada terbaca komen seorang hamba Allah di facebook, konon dia mengatakan masyarakat yang cuba membetulkan dan menegur akhlak songsang seorang artis pujaannya merupakan masyarakat melayu islam tipik yang kolot. konon terlalu tertutup pemikiran sehingga tidak sedar kenikmatan dan keindahan dunia.

pada pendapat saya, jika kita sedar tujuan kita hidup di muka bumi ini, sudah tentu kita tidak akan dihanyutkan oleh kenikmatan melampau dunia ini yang malahan akan menjadikan kita lali dalam ibadah dan akhirnya menyebabkan kita kelak ditarik ke api neraka. Nauzubillah....

wahai saudaraku, apalah sangat keindahan dunia jika dibandingkan dengan keindahan akhirat kelak yang kekal selamanya. keindahan dunia ( hiburan yang bertentangan dengan islam ) hanyalah sekadar dosa yang dikaburi dengan keindahan untuk dilakukan. inilah janji syaitan laknatullah untuk menyesatkan umat manusia. merekalah yang menjadikan maksiat sesuatu yang indah untuk dilakukan lantas menyebabkan kita termasuk dalam golongan api neraka. Nauzubillah....

tahukah anda bahawa syaitan sendiri tidak akan dapat menolong anda di hari pembalasan nanti? di dunia ini, merekalah yang sentiasa membisikkan hasutan kejahatan ke telinga manusia.

sungguh, Allah tidak menzalimi hambaNya melainkan hambaNya sendiri yang menzalimi dirinya sendiri.

peringatan yang ini pun kerap kali diulang dalam al Quran. anda memang dapat cari ayat tu dengan kerap.

baiklah, rasanya sampai di sini sahaja dulu untuk perkongsian kisah bersama dan peringatan untuk kegunaan bersama.

saya akhiri ucapan dengan assalamualaikum warahmatullahhi wabarakatuh....

mercredi 3 novembre 2010

assalamualaikum warahmatullahhi wabarakatuh, salam sejahtera untuk saudara saudari sekalian yang masih setia bersama. alhamdulillah syukur kepada Allah yang Maha Esa kerana memberi kelapangan bersama untuk kita bertemu walaupun hanya di alam maya.

dalam utusan yang lepas, saya telah menceritakan kepada anda pengalaman melawan hujah golongan yang cuba menjatuhkan agama kasayangan kita. Inilah yang pasti. Di dalam al Quran kerap di ulang dan di ulang bahawa masyarakat lain sentiasa cuba menghancurkan Islam kerana mereka tidak senang akan kejayaan Islam di dunia ini.

selain itu, mereka juga sentiasa menghasut umat islam untuk mengikuti agama mereka. Hal ini tidak dapat diragukan lagi kerana sudah berulang - ulang kali diingatkan di dalam kitab yang suci, mereka sentiasa cuba mengajak kita ke agama mereka. bukalah al Quran tafsir dan baca setiap surah. Seringkali kita diingatkan untuk berjaga - jaga terhadap golongan ini.

lebih - lebih lagi, di zaman akhir ini, dunia memang penuh dengan penipuan dan fitnah. ini bukanlah rekaan semata - mata tapi inilah kenyataan. berhati - hatilah wahai saudaraku sekalian. kita dilahirkan di dunia ini sebagai khalifah untuk beribadah kepadaNya dan saling berpesan sesama kita.

'dan siapakah yang lebih baik perkataannyadaripada orang yang menyeru kepada Allah dan mengerjakan kebaikan dan berkata 'sungguh, aku termasuk orang - orang muslim *(yang berserah diri)''

surah al fussilat ayat 33

masih nak meragukan keunggulan al Quran? sesungguhnya bertaubatlah jika anda meragukan ayat - ayat dari Yang Maha Esa.

rasanya sampai di sini saja dulu, ada masa lagi kita berjumpa insyaallah. assalamualaikum wbt...

dimanche 31 octobre 2010

pengalaman melawan hujah (bahagian 2)

assalamualaikum, syukur alhamdulillah dapat bertemu sekali lagi walaupun masa tidak berapa mengizinkan kita untuk selalu bersama. baiklah, kali ini kita akan teruskan kisah benar yang saya lalui ini untuk kita gunakan bersama sebagai pengajaran dan persediaan melawan hujah pendakwah - pendakwah yang cuba menghasut kita.

aku : maaflah kalau aku terkasar bahasa tapi dalam al quran kali sendiri sudah tertulis ' untukmu agamamu, untukku agamaku' jadi aku kalau boleh tak mahu belajar ilmu agama lain sedangkan ilmu agama ku sendiri aku belum penuhi sedalamnya.

dia : oh, kalau macam tu, boleh la kita berbincang pasal agama kita.

aku semakin keliru dengan pernyataan pendakwah kristian ni. awalnya tadi kata nak ajar agama dia tapi sekarang nak bincang pula.

aku : maaflah, tapi memang aku tetap berpegang dengan agamaku. Islamlah agamaku, al Quran kitabku dan Allah itu adalah Tuhanku. Satu agama ini sudah memadai untukku dan aku rasa tidak perlu lagi lagi untukku menganut agama lain yang ku rasa agama ku sekarang ni dah menyenangkan hidupku.

tiba - tiba terkeluar dari mulutnya soalan yang aku tak terfikir.

dia : tapi kalau Islam tu betul - betul baik, kenapa masih ada kekacauan di iraq, iran dan negara - negara islam lain.

aku sememangnya tidak tahu sangat pasal keadaan negara ni tapi alhamdulillah syukur kepadaNya kerana memberikan aku buah fikiran untuk menjawab.

aku : hah, inilah masalahnya sekarang. masyarakat sekarang ni tidak faham sepenuhnya tentang islam. mereka hanya memandang Islam secara terus menerus tanpa berfikir. apa yang berlaku sekarang ni ialah masyarakat tidak faham sepenuhnya Islam dan cara melakukan kewajipan sebagai islam. jika ku tanya kepada mu, tahukah engkau al Quran?

dia : ya. (dia menangguk kecil)

aku : tahukah engkau hadis?

dia : tidak. (dia terdiam sambil berwajah penuh pertanyaan dan kehairanan. ku lihat sendiri wajahnya umpama tidak mahu menerima sekali lagi kekalahan hujah)

aku : ha, inilah yang berlaku apabila masyarakat lain ada yang tidak tahu tentang hadis. agama lain hanya mengetahui islam berkaitan dengan al Quran tetapi mereka tidak tahu yang kami(muslim) juga ada hadis. kau tahu tak apa itu hadis?

dia : tak.

aku : hadis ni ialah kata - kata nasihat dan pesanan dari rasulullah untuk peringatan kami dalam menjalankan kehidupan seharian.

si pendakwah kristian ni mengangguk kecil tanda baru memahami.

aku menyambung kembali,

aku : inilah yang berlaku di sana. contohnya, mereka hanya menggunakan al Quran sebagai panduan hidup tapi mereka tidak menggunakan hadis. sekarang aku tanya lagi, taukah engkau tentang ahli sunnah wal jamaah?

dia : tidak

dia menggelengkan kepala tanda tidak tahu. wajahnya penuh dengan rasa ingin tahu dengan lebih dalam. aku kembali mengambil ayat,

aku : taukah engkau pula tentang syiah?

dia menggeleng kecil dan wajahnya penuh rasa ingin tahu dan sedikit marah tapi terkawal.

aku : lihatlah, inilah sebabnya masyarakat dunia sekarang tidak tahu sebenar - benarnya tentang islam dan hal inilah yang menyebabkan islam dipandang dengan cara yang salah. Masyarakat tidak faham sepenuhnya tentang islam; sebenarnya islam itu sangat indah jika anda memahaminya.

dia cuba mengambil peluang untuk berkata,

dia : oh begitu. seronok betul berbincang dengan kau. bolah tak lain kali kita berbincang lagi tentang agama?

aku tersentak dan tergamam. sungguh, aku tidak berani sama sekali untuk berbincang agama bersama penganut bukan islam. aku terdiam seketika dan menjawab dengan suara ragu - ragu.

aku : em, maaflah sebab aku tak suka sangat bercerita tentang agamaku kepada orang lain yang bukan seagama denganku.

dia : kenapa pula?

aku : aku tidak sepatutnya bercerita tentang agamaku kepada orang lain yang tidak seagama dengan ku melainkan mereka bertanya untuk diminta penerangan. jika ada yang minta penerangan tentang islam, barulah aku akan terangkan tentang agamaku tapi kalau untuk berbincang bersama aku tidak boleh. hanya orang yang minta penerangan tentang islam saja yang akan ku ceritakan.

dia : baguslah kau ni. aku suka bercerita bersama kau.

aku hanya mampu tersenyum kerana tidak ada lagi soalan yang diajukan olehnya kepadaku. dia menyambung kembali.

dia : dari kata - kata mu ini, aku tahu kau betul - betul sayangkan agamamu.

aku tersenyum tanda senang hati dan mengangguk kecil.

aku : benar. memang aku sayangkan Islam dan sungguh, islam benar - benar memudahkan perjalanan hidupku.

dia : bagusnya jika semua masyarakat memandang mulia agama.

aku tahu maksud ayatnya tapi aku sengaja bertanya.

aku : maksudmu?

dia : yalah, remaja khususnya jika kita lihat sekarang ni, ramai yang tidak beragama dan kalau yang beragama pun sekadar pada nama. dorang cuma memandang dunia ini sekadar hidup bergembira dan selepas mati maka tamatlah semua.

aku : benar. remaja sekarang ni hanya menggunakan logik akal fikiran dalam menjalankan kehidupan harian mereka. mereka tidak faham sepenuhnya tentang tujuan hidup di bumi ini.

selepas beberapa ayat borak kosong, dia pun menyatakan dia berasa gembira bercerita bersamaku dan kini, dia lebih memahami apa itu islam. aku tahu dia memang cuba memperlekehkan Islam tapi tidak berjaya. syukurlah sekurang - kurangnya ada jugalah seorang pendakwah di sini yang memahami lebih dalam sedikit berbanding 'faham sekadar faham'. aku berharap agar pintu hatinya terbuka dan mendapat hidyah dariNya berdasarkan sedikit hujah lemah yang kukemukakan. dia kemudian melangkah pergi meninggalkan bilikku. aku menutup kembali pintu dan menarik nafas lega. Syukur alhamdulillah, aku dapat melawan hujah - hujahnya walaupun aku tidak memiliki ilmu yang begitu mendalam tentang Islam.

nasihatku kepada saudara - saudaraku sekalian, janganlah berhenti dari mendalami ajaran agama Islam kerana musuh kita sentiasa mencari peluang untuk meruntuhkan keimanan kita lantas memusnahkan Islam. sudah ternyata di dalam al Quran tentang ketidakpuasan hati musuh islam terhadap kita dan peringatan ini sering diulang dan diulang dan diulang. hanya dari kita sahaja yang menentukan samaada ingin menjadi golongan yang menegakkan islam atau meruntuhkan sendiri agama.

dengan memahami sepenuhnya ilmu tauhid, insyaallah dapat mengaitkan hubungannya dengan ilmu - ilmu lain seperti ilmu ibadah dan ilmu akhlak.

baiklah, sampai di sini saja dulu. insyaallah ada masa kita akan bersua kembali. salam sayang untuk saudara - saudari ku sekalian, assalamualaikum warahmatullahhi wabarakatuh.

***isi ini tidak sepenuhnya tertulis kerana ada bahagian yang mungkin aku dah terlupa sedikit dan tak perlu risau sebab aku memang dah letak ii yang betul - betul penting untuk dikongsikan bersama.

video
sebelum menutup page ini, marilah menghayati lirik lagu ini. Maher zain, the chosen one, thank you Allah.

vendredi 22 octobre 2010

pengalaman melawan hujah (bahagian 1)

assalamualaikum warahmatullahhiwabarakatuh untuk saudaraku sekalian. apa khabar? semoga sihat hendaknya. bersyukur ke hadrat Ilahi kerana diberi peluang untuk bertemu kembali walaupun kebelakangan ini asyik terhimpit dengan jadual yang padat dan ujian kecil serentak. Allah saja yang tahu penat tubuh ini pada saat itu; Tapi bila difikir kembali, masih ada orang lain yang jauh lebih penat berbanding diri ini. Malah Rasulullah suatu ketika dahulu tidak pernah mengeluh kepenatan. Maka, aku mulai sedar betapa bertuahnya aku di dunia ini lebih - lebih lagi dilahirkan sebagai Islam walaupun pengetahuanku terhadap nya tidak sedalam yang sepatutnya.

baiklah, seperti yang saya janjikan di muka terdahulu (menceritakan sedikit pengalaman melawan hujah pendakwah kristian), izinkan saya memohon maaf andai hujah yang disampaikan ini tidak cukup kuat dan utuh. Jika anda mempunyai cadangan dan hujah tambahan untuk saya gunakan suatu hari nanti, luas tapak tangan, nyiru saya tadahkan.

dan ingin saya beri ingatan, jangan sesekali mencari pasal dengan penganut lain yang tidak pernah memperlekehkan agama Islam. Hujah yang ingin saya kongsikan ini adalah untuk kongsi pengalaman dan persediaan melawan hujah masyarakat yang CUBA MEMPERLEKEHKAN ISLAM.




Kisah ni berlaku bulan lepas dan memang berniat nak kongsi bersama pengalaman ini tapi lepas masalah internet, kerja rumah pulak yang datang berlambak. Kali ini baru ada peluang.


Suatu petang yang tidak berapa panas tidak berapa sejuk, ketika itu saya tengah bersenam di dalam bilik dan hampir tiba ke penghujungnya, tiba - tiba pintu bilik saya diketuk. Tersentak lalu berhenti lantas melangkah menuju ke pintu dan saya melihat melalui lubang pintu untuk memerhatikan kelibat yang mengetuk pintu bilik saya sebentar tadi. Tengok macam orang nak hantar barang pos sebab dia tengah pegang sesuatu warna hitam macam kotak kecik sambil mangalas beg tepi pinggang. berbaju biru dan berseluar hitam berambut perang muda. saya segera membuka pintu kerana kebetulan dalam tempoh tu saya tengah tunggu barang pos sampai.

Bila buka pintu, baru tersedar sebenarnya bukan posmen tapi seorang pendakwah muda kristian yang wajahnya ku lihat putih dan memang ada ciri - ciri pendakwah yang kuat. majoriti pendakwah kristian di sini berwajah yang tenang tapi di mata mereka memang kita boleh perhatikan kesesatan mereka kerana sungguh, anak mata mereka sememangnya sukar untuk diungkapkan fizikalnya tetapi mudah untuk diketahui bahawa dia ini adalah pendakwah yang kuat.

Waktu tu memang rasa gementar sebab dah tersalah orang. Tambah - tambah lagi berjumpa pula dengan orang yang cuba menggoyahkan keimanan. dia tersenyum lebar dan memberi ucapan selamat petang. aku membalas dan menunggu masa untuk menutup kembali pintu. badanku mulai bergetar untuk menghadapi kebenaran yang akan kulalui ini. Pertama kali kutemui masyarakat seperti ini, aku tidak tahu untuk berhujah dan aku hanya mampu berkata untuk memikirkan ajakan mereka. Dalam hati memang dah panas membara marah dengan diri sendiri sebab tak dapat nak lawan mereka.

kali ini, badanku lebih kuat menggeletar dan dia mula memperkenalkan dirinya. maafla saya tak ingat sangat nama budak tu.

dia : kau seorang yang mengamalkan agama tak?

aku : ya.

dia : kau berasal dari mana?

aku : malaysia. kenapa?

dia : jadi, kau ni seorang yang islam?

aku : ya. aku beragama islam.

dia : baiklah, tujuan aku datang ni sebenarnya nak tunjukkan kau peranan jesus dalam hidup, peranan tuhan dalam kehidupan harian kita dan semua yang berkaitan tentang ketuhanan.

saat ini, dia belum memulakan hujahnya dengan perkataan Kristian.
dia mula menunjukkan buku - bukunya tentang jesus hasil karangan orang kuat beragama kristian serta di tangannya juga terdapat sebuah Bible berwarna hitam.

aku lantas berkata

aku : sebelum kau ingin menceritakan kepadaku tentang agama mu, aku ingin tahu, kau ingin menceritakan kepadaku berdasarkan testement baru ataupun testement lama?

dia : oh, mestilah yang baru.

lantas aku memotong,

aku : maaflah, kalau kau nak tunjuk aku tentang agamamu berdasarkan testement baru, aku tidak akan percaya. Hanya testement benar - benar lama yang terdahulu barulah ku percaya.

dia : mengapa pula?

aku : kerana testement baru ini telah banyak perubahan isikandungannya.

dia mula membuat muka tidak senang dan marah. lantas dikeluarkannya Bible nya dan berkata,

dia : oh ya ka? kalau macam tu, tunjukkan aku dimana perubahannya?

aku : oh, maaflah aku belum arif tentang fasa - fasa di dalam bible mu ini. tetapi apa yang nyata memang kitabmu ini telah banyak perubahan. dalam agamamu, kau tidak percaya akan kehadiran seorang nabi yang bernama Muhammad bukan?

dia : ya,

aku : padahal di dalam kitab injil yang tulen terdahulu, memang jelas ternyata akan kehadirannya untuk menyelamatkan umat dunia.

dia : bagaimana kau tahu?

aku : kerana aku pernah membaca bible mu. malah aku juga sentiasa meragui bible mu.

dia : mengapa?

aku : ingin ku tahu, setiap kitab yang diturunkan kepada nabi akan disampaikan oleh nabi tersebut akan nasihat - nasihat dan kebaikan. tetapi aku hairan. mengapa dalam kitabmu ini menyatakan tentang kisah kematian Jesus padahal kitab ini diberikan untuknya agar ia menyampaikan nasihat dan panduan hidup kepada manusia. bagiku, hal umpama ini memang pelik dan tidak masuk akal. seorang pesuruh mendapat wahyu tetapi dalam masa yang sama wahyunya menceritakan kematiannya.

saat ini badanku semakin gementar gemuruh akan kalah berhujah. syukur alhamdulillah, aku yakin dia mulai resah; wajahnya mulai tidak senang dan hendak menengkingku tetapi dia cuba mengawal.

dia : eh, tak adalah. Dia tak mati tapi dia diangkat ke langit.

dihatiku semakin hairan. Mana satu benda yang betul dia cakap ni. dalam kitab dia tulis kisah pasal kematian Jesus tapi kali ni dia cakap pulak Jesus kena angkat ke langit. Aku sedar wajahnya mulai gementar seperti aku dan matanya mula berkeliar mencari point untuk berhujah. aku lalu menambah,

aku : dan aku juga yakin akan perubahannya(bible) atas sebab bahasa nya sendiri. jika diperhatikan, memang dah tak ada lagi kitab mu yang mempunyai isi yang sama seperti dulu termasuk penggunaan bahasa.

dia : ah? tapi waktu tu kan bahasa rom(dia cakapla) bahasa yang paling meluas dan kerap dituturkan oleh masyarakat. jadi, memanglah bahasa tu jadi bahasa kitab kami suatu ketika dulu; sekarang ni, mana ada lagi orang yang pakai bahasa kuno tu.

aku : al - Quran dahulunya bahasa arab. dan ramai orang berbahasa arab ketika islam berkembang luas. tetapi sekarang ni, islam tetap ada dan tidak semua orang tahu berbahasa arab. namun, kitab kami masih kekal dalam bahasa arab dan tidak pernah berubah isikandungannya. kalau ada tafsiran pun, dalamnya tetap ada ayat - ayat al Quran. tidak pernah sama sekali isinya berubah.

dia : eh, kitab kami ni pun bukannya kitab asal tapi dah jadi tafsirannya.

aku : memanglah tafsiran tapi aku sama sekali tidak meyakini isikandungannya kerana kitab sebenar tidak mungkin sama sekali berubah bahasa asal nya.

dia mulai tunduk sambil memandang ke suatu sudut di kananku dan matanya ku sedari sedang mencari isi untuk menjatuhkan diriku. aku semakin gementar kerana khuatir dia akan melawan aku dengan isi hujahnya yang tidak aku terjawab memandangkan ilmu terhadap agama masih belum cukup dalam untukku.

baiklah, sehingga di sini sahaja dulu. Insyaallah ada suatu hari nanti, akan saya sambung bahagian ke dua. Terima kasih kerana membaca dan mohon maaf andai terkasar bahasa dan mengguris hati. sekian, assalamualaikum wbt.

lundi 11 octobre 2010

assalamualaikum....

sekian lama mendiamkan diri, bersyukurlah dapat berjumpa untuk kali ini. Sekarang ni keadaan susah sangat memandangkan internet asyik bermasalah saja. kalau ada pun, masih jugak tak berpeluang mengisi memandangkan kerja rumah pulak yang belambak. tapi tak apalah. nak buat macammana jugak kan hidup sebagai pelajar ni memangla sentiasa banyak dugaan dan cabaran.

kali ini mungkin saya tidak dapat mengisi banyak cerita memandangkan masa tidak mengizinkan saya untuk lebih panjang berhujah. apa yang ingin saya katakan kali ini, bersedialah menghadapi hari - hari yang akan datang. Tanda - tanda kecil banyak dah keluar saudaraku. sekarang ni tinggal tunggu yang besar saja. Nauzubillah. Allah itu Maha Pengampun dan Maha Penyayang. Belum terlambat lagi untuk memohon keampunan dari Nya.

baiklah, sekadar untuk bertanya khabar dan insyaallah jika ada kesempatan lagi, di masa akan datang saya akan ceritakan pengalaman saya melawan hujah penyebar dakwah kristian yang cuba menghasut saya keluar dari Islam. Alhamdulillah waktu tu saya dapat lawan hujah dia.

baiklah, sampai di sini dahulu. assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh....
Pengalaman merasa aiskrim terkenal di Nice, France.
Alhamdulillah diberi peluang untuk merasa.

mercredi 11 août 2010

Puasa Pertama Di Negara Orang

Assalamualaikum warahmatullahhiwabarakatuh.
Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi hari ini dipanjangkan jodoh pertemuan rezeki bersama. Sedar x sedar, hari ni dah 1 ramadhan.
 Lihatlah alam! sedar x sedar aku dah dekat 4 bulan lebih menjadi perantau di negara orang. Perpindahan dari asia ke eropah yang bagiku merupakan perubahan drastik yang aku sendiri x sangka akan jatuh kepadaku. Itulah yang dikatakan rezki dan takdir Allah. Andai kita berbuat baik dan mengikut suruhanNya, insyAllah dibalas yang baik. Puasa pertama hari di france setakat ni xda la masalah sgt. Soal penat, well, aku akan tujukan balik soalan tu pada diriku sendir untuk memuhasabahkan diri betapa melimpah ruahnya rezeki yang telah dikurniakan oleh-Nya kepadaku! Aku melihat masyarakat yang duduk merempat di kaki lima dan saat tu aku sedar betapa tak terkatanya segala macam yang telah ku terima. 


Sesungguhnya aku sangat bersyukur kepadaMU....





Pesan Ali
tajuk ni sebenarnya diinspirasikan oleh sebuah lagu 'Pesan Abang' yang memang jadi teladan sepenuhnya utkku. lirik lagu nya yang ringkas tapi sangat mendalam mksd nya! Utk ucop, selamat mendengar lagu ni sbb sy tau kmu ske lagu ni.. bile la boleh pegi Aix lg??... =(

kali ni, saudara Ali nak bercerita ttg belajar. Istimewa buat saudara saudari yang masih muda remaja, awasilah langkah kerana sekali tersalah langkah, susah nk betulkan balik dik.Rmi yg terfikir, lps hbs sekolah menengah, trus nk kerja. Fine klu kerja sambilan tapi jgn la trus nk berenti bljr dik. Ilmu SPM tu setakat apa la sgt klu di bandingkan dgn alam realiti ni. Memang la bljr ni penat tapi nnt klu dah msuk alam kerja, lain la pulak bentuk penat nya. Percayalah wahai adik-adikku bila kukatakan yang hidup ini sentiasa terasa penat dan x pernah mudah. Klu mudah, bkn la hidup nma nya.  Tapi, pada masa yg sma, jgn la lupa plk pada Yang Esa. Klu selesaikan urusan-urusan dunia tapi x mntk bntuan dan petunjuk dari-Nya pun x jadi jgk. Mcm keretapi plg laju kt dunia ni la. Dorg tepaksa periksa setiap hari spya tren dorang tu nnt x bermasalah pada keesokan harinya. Samala jgk ngn kta ni yg kena sentiasa berdoa kepadaNya utk diperbaiki lagi keperibadian. Oleh yang demikian, ingatlah adik - adikku. Janganlah dipersiakan masa muda mu ini. saudara Ali cuma ingin memberikan nasihat berdasarkan pengalaman yg ada.

Jauh perjalanan Luas pemandangan
bersyukurlah atas usha selama ni, dpt la jgk fly ke France. Kat sini, belajar punya belajar, last2 prof bagi la jgk cuti 5 hari. Dia pun kesian jgk ngan kami ni kepenatan tahap sebelum tertinggi. Jadi, member plan pegi Barcelona. Sebut bnda ni mmg teringat anak buah aku yg sorg tu sbb dia mmg minat team bola sepak ni. Jadi, perjalanan syukurlah xda halangan dan semua nya berjalan lancar seperti yg diaturkan. Mmg mula2 mcm xpecaya jauh bejalan smpi ke sni tpi ini lah realitinya. Aku rsa klu aku x bljr sungguh2 dulu kat sekolah, mmg x merasa la tanah eropah ni. huhuhu... kesimpulannya, belajarlah bersungguh - sungguh.. Bila tiba kat Bacelona ni, semakin terharu hati melihat kekuasaan Ilahi yang telah menjanjikan segalanya yg dikehendakiNya. Macam2 bnda yg aku rsa aku x pernah pun terfikir akan kewujudannya. Besarnya kuasa Yang Maha Esa...


Sebagai penutup, mari aku ajar kamu orang beberapa perkataan bahasa brunei, bahasa ibunda aku.
ni pekataan basic yg agak penting dlm bhsa aku.

Air - Aying
Ikan - Lauk
Sayur - Gulayan
Kenyang - Kanyang
Berbuka puasa - sungkai

hehee... semua perkataan ttg sungkai....
sehingga di sini, assalamualaikum...

mardi 10 août 2010

Ramadan Mengimbas Kembali Kenangan Silam


Zaman Silam
assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera. Setahun sudah berlalu, ramadan kini kembali tanpa kusedari. Beginilah kehidupan, sentiasa maju kehadapan dan tidak sama sekali berundur mahupun sesaat. Sekarang ni, terkenang la pula zaman kanak - kanak dulu. Waktu ni la belajar puasa walaupun hakikatnya tak terdaya nak berpuasa. almaklumla, baru tau kan. Sebelum tu, memang main redah jak memandangkan tak tahu menahu langsung. Tahun-tahun kemudian, puasa di zaman sekolah rendah. Aku teringat ada satu kali tu, aku cuma tengok jak kawan aku dapat hadiah dari allahyarhamah ustazah aku tu sebab dia puasa penuh 30 hari. Cis! Waktu tu aku terus tekad nak puasa penuh dan alhamdulillah, puasa tahun seterusnya, urm... dapat la jugak puasa tapi kecundang 3 hari.. 

Ha! Nilah antara sahabat baik aku yang memang betul - betul aku hargai. Dialah inspirasiku untuk membentuk persahabatan dalam kehidupan ni. Seorang yang sederhana tapi cara hidup yang sangat aku sanjungi. Sungguh, aku tak mahu kehilangan sahabat ku ini. Tak tau la bagaimana nak luah melalui perkataan memandangkan tunjuk ajarnya kepadaku selama ini terlalu berhaga untukku dan tak dapat kuungkapkan semudah menaip blog ni. Dulu waktu puasa, selalu kongsi pandangan hidup dengan budak ni. Kadang-kadang, diala yang bantu aku selesaikan masalah aku. Pendek kata, dia memang seorang sahabat yang terlalu baik untukku. Oleh yang demikian, aku ingin menasihati saudara saudari sekalian, hargailah sahabat anda. Sekali saja kawan kita hilang percaya dengan kita, memang susah untuk betulkan balik. Umpama cermin pecah, kalau dah dibaiki, digam sekalipun, tetap nampak calarnya. Luka yang kering, tetap nampak parutnya.



Gambar ni pulak gambar kenangan aku ngan kawan baik kat sekolah dulu.Dorang ni jak la yang betul - betul kawan aku waktu kat sekolah dulu. tapi tak la bermaksud orang len tu bukan kawan. Hehehe, memang kalau bulan Ramadan jak, teringat dorang ni. Memang indah zaman kat sekolah menengah dulu bersama dorang - dorang ni. Sebenarnya, waktu ni lah aku mula berpuasa bersama kawan - kawan. Dah tak da lagi puasa bersama keluarga memandangkan aku dah masuk sekolah asrama. Mula - mula tu janggal la jugak tapi bila dah lama-lama tu biasala.




Pesan Ali
Sejak 20 tahun hidup di dunia ni, ingin aku katakan bahawa janganlah kita sekali-kali melupakan kawan kerana orang yang tidak menghargai kawannya itu sendiri adalah antara orang yang rugi.

“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” 

Hadith Riwayat al-Hakim

inilah nasihat yang betul - betul aku praktikaan sekarang dan alhamdulillah aku nampak kebenaran hidup ini. Aku masih ingat lagi nasihat sahabat - sahabat karibku ini, 'walaupun orang lain tu buat jahat ngan kita sehingga kita rasa yang orang lain turut terhasut ucapnnya agar menjauhi kita, biarkan saja malah lebih baik kita berbuat baik dengannya agar suatu hari nanti, insyaAllah dia sedar akan perbuatannya'. Mengimbas kembali, suatu ketika dulu, adalah hamba Allah ni yang melagakan aku ni tikam belakang ngan kawan baik aku ni sendiri. Mula - mula tu memang la kecewa sebab depan aku punya la baik hamba Allah ni dan kadang - kadang, dengan kita ni lah dia minta tolong buat task yang dia kena suruh. Tapi, sahabat-sahabat aku ni la yang menjadi tembok pertahananku yang membantu aku untuk meneruskan kehidupan. 

Well, tujuan nak cerita benda ni bukan lah nak minta simpati tapi aku cuma ingin berpesan agar hargailah rakan anda dan jika ada orang yang anda rasa tidak kena pada anda, biarlah saja. Rasanya sampai di sini saja tutur kataku yang mampu aku luahkan. Andai ada rezeki jodoh pertemuan, panjang umur, insyaAllah akan aku berikan lagi sedikit pengalaman hidupku di dunia yang sementara ini. sekian, assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh... selamat malam. Dan kepada penganut agama Islam, selamat menyambut bulan Ramadan...

lundi 9 août 2010

selamat datang ramadan

assalamualaikum wbt, salam sejahtera.

tanpa disedari, ramadan kini kembali. Bulan yang paling kucintai diantara bulan-bulan islam. Tetapi, semakin kumenghampiri, semakin banyak dugaan dan rintangan yang adakalanya tidak terdaya untuk kutempuhi. Namun, itulah kemanisan hidup ini. Aku hanya berpegang pada agamaku yang sangat aku cintai.

Inilah diriku. Serba sederhana dan inginkan kesederhanaan. Ini merupakan gambarku ketika berada di Carcassonne, sebuah kota pertahanan yang agak menakjubkan! Mula-mula macam tak nak ikut tapi saat-saat akhir, pergi sajala. Bila sampai kat sini, memang tak dapat nak cakap betapa besarnya kota ni.








ILMU ITU INDAH
sebelum ni, memang tak rajin sangat membaca. Memang dah jadi tabiat orang Malaysia mungkin tak suka membaca. Tapi, akhir-akhir ni, macam makin best jer membaca. petang tadi lepas kelas pagi, ada la 2 jam break, jadi jalan la kejap. Sampai pulak di kedai buku tu, tengok harga buku memang murah! Angkut terus la. Memang dari dulu nak belajar bahasa asing. Belajar sikit lepas tu lupa.. jadi, terusla ambil peluang selagi ada. 2 buku bahasa. Pengeluar yang sama tapi isi yang berbeza. Sekarang dah ada sikit asas bahasa jepun dan cina.



USRAH, AKU SENTIASA MENANTI
Setiap hujung minggu, aku memang tunggu usrah. Waktu ni, aku rasa macam kekuatan keluarga islam dan kemanisan kekeluargaan ni semakin membara. Buat Amir, yang kini berada di Nice, syukran atas didikan ilmu! Tak sabar nak datang Nice hujung minggu ni.