Zaman Silam
assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera. Setahun sudah berlalu, ramadan kini kembali tanpa kusedari. Beginilah kehidupan, sentiasa maju kehadapan dan tidak sama sekali berundur mahupun sesaat. Sekarang ni, terkenang la pula zaman kanak - kanak dulu. Waktu ni la belajar puasa walaupun hakikatnya tak terdaya nak berpuasa. almaklumla, baru tau kan. Sebelum tu, memang main redah jak memandangkan tak tahu menahu langsung. Tahun-tahun kemudian, puasa di zaman sekolah rendah. Aku teringat ada satu kali tu, aku cuma tengok jak kawan aku dapat hadiah dari allahyarhamah ustazah aku tu sebab dia puasa penuh 30 hari. Cis! Waktu tu aku terus tekad nak puasa penuh dan alhamdulillah, puasa tahun seterusnya, urm... dapat la jugak puasa tapi kecundang 3 hari..
Ha! Nilah antara sahabat baik aku yang memang betul - betul aku hargai. Dialah inspirasiku untuk membentuk persahabatan dalam kehidupan ni. Seorang yang sederhana tapi cara hidup yang sangat aku sanjungi. Sungguh, aku tak mahu kehilangan sahabat ku ini. Tak tau la bagaimana nak luah melalui perkataan memandangkan tunjuk ajarnya kepadaku selama ini terlalu berhaga untukku dan tak dapat kuungkapkan semudah menaip blog ni. Dulu waktu puasa, selalu kongsi pandangan hidup dengan budak ni. Kadang-kadang, diala yang bantu aku selesaikan masalah aku. Pendek kata, dia memang seorang sahabat yang terlalu baik untukku. Oleh yang demikian, aku ingin menasihati saudara saudari sekalian, hargailah sahabat anda. Sekali saja kawan kita hilang percaya dengan kita, memang susah untuk betulkan balik. Umpama cermin pecah, kalau dah dibaiki, digam sekalipun, tetap nampak calarnya. Luka yang kering, tetap nampak parutnya.
Gambar ni pulak gambar kenangan aku ngan kawan baik kat sekolah dulu.Dorang ni jak la yang betul - betul kawan aku waktu kat sekolah dulu. tapi tak la bermaksud orang len tu bukan kawan. Hehehe, memang kalau bulan Ramadan jak, teringat dorang ni. Memang indah zaman kat sekolah menengah dulu bersama dorang - dorang ni. Sebenarnya, waktu ni lah aku mula berpuasa bersama kawan - kawan. Dah tak da lagi puasa bersama keluarga memandangkan aku dah masuk sekolah asrama. Mula - mula tu janggal la jugak tapi bila dah lama-lama tu biasala.
Pesan Ali
Sejak 20 tahun hidup di dunia ni, ingin aku katakan bahawa janganlah kita sekali-kali melupakan kawan kerana orang yang tidak menghargai kawannya itu sendiri adalah antara orang yang rugi.
“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya”
Hadith Riwayat al-Hakim
inilah nasihat yang betul - betul aku praktikaan sekarang dan alhamdulillah aku nampak kebenaran hidup ini. Aku masih ingat lagi nasihat sahabat - sahabat karibku ini, 'walaupun orang lain tu buat jahat ngan kita sehingga kita rasa yang orang lain turut terhasut ucapnnya agar menjauhi kita, biarkan saja malah lebih baik kita berbuat baik dengannya agar suatu hari nanti, insyaAllah dia sedar akan perbuatannya'. Mengimbas kembali, suatu ketika dulu, adalah hamba Allah ni yang melagakan aku ni tikam belakang ngan kawan baik aku ni sendiri. Mula - mula tu memang la kecewa sebab depan aku punya la baik hamba Allah ni dan kadang - kadang, dengan kita ni lah dia minta tolong buat task yang dia kena suruh. Tapi, sahabat-sahabat aku ni la yang menjadi tembok pertahananku yang membantu aku untuk meneruskan kehidupan.
Well, tujuan nak cerita benda ni bukan lah nak minta simpati tapi aku cuma ingin berpesan agar hargailah rakan anda dan jika ada orang yang anda rasa tidak kena pada anda, biarlah saja. Rasanya sampai di sini saja tutur kataku yang mampu aku luahkan. Andai ada rezeki jodoh pertemuan, panjang umur, insyaAllah akan aku berikan lagi sedikit pengalaman hidupku di dunia yang sementara ini. sekian, assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh... selamat malam. Dan kepada penganut agama Islam, selamat menyambut bulan Ramadan...
Aucun commentaire:
Enregistrer un commentaire