Selamat Datang ke Se'Toulouse' Hati

jangan dianggap agama hanya sekadar amalan untuk perkahwinan, kematian, dan lima asas kerana agama lebih dari itu.

dimanche 8 juillet 2012

Pengembaraan di Kota Andalusia 2

بسم الله ٱلرحمن ٱلرحيم

ٱلسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

masih ingat pos Pengembaraan ke Kota Andalusia sebelum ni? perancangannya nak sambung seminggu selepasnya tapi tak ada idea punya pasal, dan kekurangan bahan, memang payah la jugak nak sambung.

tapi itu bukan penghalang. biar aku sambung kisah perjalanan ni.

ingat tak soalan hari tu? pasal kenapa nama Gibraltar ni dulu Jabal Tariq?

Gibraltar dari La Linea de la Concepcion
jawapannya : pembuka kota ni bernama Tariq bin Ziyad

menyebut pasal pembuka ni, bukanlah maksudnya dia yang jumpa tanah ni lepas tu bukak pada orang then declare yang dia pemilik tanah tu. Pembuka ni sendiri bermaksud pembebas dari kezaliman memandangkan zaman ketika itu, Sepanyol di bawah pemerintahan Orang Gothic. Tanah pendudukan mereka sendiri boleh dikatakan luas menjauh. Sehingga tempat saya menyambung pengajian ini sendiri merupakan kawasan yang pernah ditakluk mereka.

Ketika pertarungan, raja yang jahat itu telah terjun ke dalam sungai kerana panik dan akhirnya mati lemas.

Dipendekkan jalan cerita, inilah kali pertama dapat melihat keagungan Allah yang disebutkan di dalam Surah Ar - Rahman (surah 55), ayat 19 dan 20.

"Dia biarkan air dua laut (yang masin dan yang tawar) mengalir, sedang keduanya pula bertemu. Di antara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadannya."

Percaya atau tidak, Jabal tariq ni la tempat permulaan penyebaran islam di Eropah, sehingga tersebarnya islam ke Perancis, malah akhirnya menjadikan Andalusia ni kawasan yang banyak kurniaan rezekiNya dari makanannya hinggalah ke keilmuwannya.

Ketika Eropah mengalami kegelapan zaman, islam mula menemui satu persatu ilmu teknologi yang mengangkat ketamadunan manusia dari yang dihina menjadi mulia dan dari yang papa kedana menjadi serba senang di bawah payung pemerintahan Sang Khalifah.

Maka tidak hairanlah ketika penduduk di utara sepanyol merasa terkejut malah terkasima apabila melihat masyarakat di Andalusia yang tanahnya gersang kering dan panas suatu ketika dahulu menjadi kawasan yang   subur tanamannya, beraliran sungai - sungai dan mata air, manakala masyarakatnya yang memakai minyak wangi.

Malah semakin banyak bangunan - bangunan yang dibina oleh khalifah untuk kegunaan masyarakat. Sehinggakan ditubuhkan sendiri sebuah universiti di Kordoba. Inilah yang dinamakan nikmat Allah untuk hamba - hambaNya.

Namun, Dia jua bisa menarik kembali untuk melihatkan dan mengajar kita sejarah agar kita tidak lalai leka dalam tujuan hidup.

Masih teringat ungkapan seorang kenalan berkata kepadaku :

"kalau sebelum ini kau menangis semangkuk, kalau kau membaca dan menghayatinya (kisah sejarah al Andalus), kau akan menangis sepuluh mangkuk"


benar katanya. kerana kehilangan kota Andalusia sebagai kota islam di Eropah merupakan suatu kehilangan yang amat memilukan.

kota Andalusia ketika zaman perpecahan
(menghampiri zaman penghujung Andalusia)
Tahun 1492, itulah tahun kekalahan tentera islam mempertahankan kota terakhir masyarakat islam di Eropah, kota Granada.

untuk bahagian Kota ini, biarlah saya ceritakan dikemudian hari. Cukuplah dahulu kali ini saya menceritakan kisah perjalanan di Jibraltar sebelum berganjak ke kota selainnya sepanjang perjalanan kembara sirah yang penuh makna lagi membuka mata fikiran.

teringat juga pesan seorang saudara yang penuh makna

"pelajarilah sejarah secara menyeluruh (global) untuk melihat dan memahami perjalanan hidup sebenar. Jangan hanya mempelajarinya secara skop yang terpencil kerana ini menyebabkan idea sejarah itu tidak sampai"

berapa orang dari kita pernah mendengar "Perjanjian Tordesillas"???

setelah penat berjalan, dan memahami sebenar - benarnya sejarah di bandar ini, dan menghayati erti pengorbanan pahlawan islam suatu ketika dahulu, kami pun pulang semula ke hotel dengan menaiki bas.

insyaallah di masa akan datang, akan disambung pula kisah perjalanan yang bagiku "bukan sekadar percutian berjalan - jalan, memenuhkan CV kononnya menunjukkan seorang yang banyak bergerak". Jari tanda aman sambil senyum.

CV ni selalu diguna oleh orang kat perancis untuk mohon sambung belajar, kerja dan banyak lagi. jadi ada satu bahagian, boleh letak tempat - tempat yang pernah dipergi. Makin banyak, kononnya makin hebat.

sekian,

ٱلسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Aucun commentaire:

Enregistrer un commentaire