,السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
masa terlalu pantas berlalu sehingga aku sendiri tidak menyedari sudah dua tahun aku berada di Negara Napoleon ini. Sebuah negara yang kemajuannya amat membanggakan.
Perancis, berselatankan Sepanyol, bertimurkan Itali, Switzerland, Jerman, Luxembourg dan Belgium. |
memang benar masa itu terlalu cepat berlalu di negara yang sekular ini.
namun bukan itu yang ingin aku utamakan.
topik masa itulah yang benar - benar menarik perhatianku.
adakah kita ingat, atau mungkin terfikir, atau mungkin terlintas di akal tentang peringatan tentang masa?
pastinya sejak 1400 tahun dahulu lagi Allah telah mengingatkan dengan bersumpah demi masa.
mengapa masa ya? ciptaan Allah yang bernama masa ini merupakan sesuatu yang terlalu berharga sehingga tidak mungkin malah mustahil untuk mengejar kembali segala yang telah berlalu.
namun, Allah tidak berhenti di sana kerana andai kita teruskan bacaan surah peringatan ini, kita boleh sebesar - besar nasihat insyaallah yang mampu menyelamatkan kita dari kerugian ini.
itulah surah 103.
pepatah arab sendiri menyatakan
"masa itu ibarat pedang. jika kita tidak memotongnya, ia akan memotong kita"
begitulah kita sebagai manusia yang mewarisi bumi ini untuk dijaga sebagai amanah dari Allah. kita perlu sedar betapa besarnya tanggungjawab kita untuk mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.
berbalik kepada kehidupanku di Toulouse yang kini telah mencecah dua tahun.
dalam seminggu lagi, maka tamatlah praktikal yang aku lalui untuk 10 minggu. ya, aku berkerja di sebuah kilang penghasilan bahan kimia dan di sini, aku mendapat tanggungjawab untuk memeriksa sebarang kemungkinan untuk mengurangkan penggunaan baik tenaga elektrik mahupun tenaga wap.
biar aku tunjukkan apa yang boleh kita lakukan sebagai salah satu amanah menjaga bumi ini dari kebinasaan alam.
penukar haba Compabloc |
cuba lihat peranti di sebelah. peranti ini dinamakan sebagai 'penukar haba Compabloc'. inilah salah satu tugasan yang perlu aku galas sepanjang praktikal ini.
dalam dunia ekonomi yang mereka cuba kukuhkan, mereka akan berfikir antara langkah - langkah untuk mengurangkan penggunaan tenaga. dalam tugasan ini, aku ditugaskan juga untuk memeriksa tenaga yang dapat dijimatkan dengan penyingkiran sebuah pam pemusing, air penyejuk dan sebagainya.
namun, sebagai langkah menjaga alam ini, aku terfikir bahawa dengan langkah ini, kita dapat mengurangkan pembebasan haba yang banyak ke udara memandangkan setiap peranti di kilang ini sendiri secara keseluruhannya melepaskan haba.
bukan aku bermaksud mengatakan mereka tidak menjaga alam sekitar. malah mereka sangat teliti dalam pengiraan peratusan bahan kimia yang dilepaskan ke udara.
namun apa yang ingin kuutarakan ialah, kita melakukan sebaik mungkin pengurangan tenaga ini dan sebagainya adalah kerana kita mematuhi peringatan Allah untuk menjaga alam bumi ini. kita patuh kerana kita taat kepadaNya, Yang mencipta kita.
dari segi alam flora dan fauna, mereka melihat dengan langkah - langkah keselamatan ini, dapatlah diselamatkan hidupan lain di muka bumi ini.
kita pula sepatutnya tahu bahawa kita melakukan langkah - langkah ini kerana tidak ingin menzalimi makhluk Allah yang lain.
itulah antara cara kita belajar ilmu Allah yang tidak pernah ada kesudahannya. dari kilang ini sendiri jua aku mempelajari pelbagai ilmu.
aku berharap agar pembaca tidak salah anggap yang aku menyalahi mereka dalam melakukan kebinasaan mahupun apa - apa yang berkaitan. ini cuma pandanganku bagaimana aku mengaitkan amanah Allah dalam melakukan kerja seharian.
sekian, mohon maaf andai terkasar bahasa.
ingin juga aku ucapkan terima kasih kepada pihak kilang yang sudi memilih diri ini untuk berpraktikal sepanjang 10 minggu.
sekian,
waalaikum salam warahmatullah wabarakatuh.
Aucun commentaire:
Enregistrer un commentaire