Selamat Datang ke Se'Toulouse' Hati

jangan dianggap agama hanya sekadar amalan untuk perkahwinan, kematian, dan lima asas kerana agama lebih dari itu.

vendredi 22 octobre 2010

pengalaman melawan hujah (bahagian 1)

assalamualaikum warahmatullahhiwabarakatuh untuk saudaraku sekalian. apa khabar? semoga sihat hendaknya. bersyukur ke hadrat Ilahi kerana diberi peluang untuk bertemu kembali walaupun kebelakangan ini asyik terhimpit dengan jadual yang padat dan ujian kecil serentak. Allah saja yang tahu penat tubuh ini pada saat itu; Tapi bila difikir kembali, masih ada orang lain yang jauh lebih penat berbanding diri ini. Malah Rasulullah suatu ketika dahulu tidak pernah mengeluh kepenatan. Maka, aku mulai sedar betapa bertuahnya aku di dunia ini lebih - lebih lagi dilahirkan sebagai Islam walaupun pengetahuanku terhadap nya tidak sedalam yang sepatutnya.

baiklah, seperti yang saya janjikan di muka terdahulu (menceritakan sedikit pengalaman melawan hujah pendakwah kristian), izinkan saya memohon maaf andai hujah yang disampaikan ini tidak cukup kuat dan utuh. Jika anda mempunyai cadangan dan hujah tambahan untuk saya gunakan suatu hari nanti, luas tapak tangan, nyiru saya tadahkan.

dan ingin saya beri ingatan, jangan sesekali mencari pasal dengan penganut lain yang tidak pernah memperlekehkan agama Islam. Hujah yang ingin saya kongsikan ini adalah untuk kongsi pengalaman dan persediaan melawan hujah masyarakat yang CUBA MEMPERLEKEHKAN ISLAM.




Kisah ni berlaku bulan lepas dan memang berniat nak kongsi bersama pengalaman ini tapi lepas masalah internet, kerja rumah pulak yang datang berlambak. Kali ini baru ada peluang.


Suatu petang yang tidak berapa panas tidak berapa sejuk, ketika itu saya tengah bersenam di dalam bilik dan hampir tiba ke penghujungnya, tiba - tiba pintu bilik saya diketuk. Tersentak lalu berhenti lantas melangkah menuju ke pintu dan saya melihat melalui lubang pintu untuk memerhatikan kelibat yang mengetuk pintu bilik saya sebentar tadi. Tengok macam orang nak hantar barang pos sebab dia tengah pegang sesuatu warna hitam macam kotak kecik sambil mangalas beg tepi pinggang. berbaju biru dan berseluar hitam berambut perang muda. saya segera membuka pintu kerana kebetulan dalam tempoh tu saya tengah tunggu barang pos sampai.

Bila buka pintu, baru tersedar sebenarnya bukan posmen tapi seorang pendakwah muda kristian yang wajahnya ku lihat putih dan memang ada ciri - ciri pendakwah yang kuat. majoriti pendakwah kristian di sini berwajah yang tenang tapi di mata mereka memang kita boleh perhatikan kesesatan mereka kerana sungguh, anak mata mereka sememangnya sukar untuk diungkapkan fizikalnya tetapi mudah untuk diketahui bahawa dia ini adalah pendakwah yang kuat.

Waktu tu memang rasa gementar sebab dah tersalah orang. Tambah - tambah lagi berjumpa pula dengan orang yang cuba menggoyahkan keimanan. dia tersenyum lebar dan memberi ucapan selamat petang. aku membalas dan menunggu masa untuk menutup kembali pintu. badanku mulai bergetar untuk menghadapi kebenaran yang akan kulalui ini. Pertama kali kutemui masyarakat seperti ini, aku tidak tahu untuk berhujah dan aku hanya mampu berkata untuk memikirkan ajakan mereka. Dalam hati memang dah panas membara marah dengan diri sendiri sebab tak dapat nak lawan mereka.

kali ini, badanku lebih kuat menggeletar dan dia mula memperkenalkan dirinya. maafla saya tak ingat sangat nama budak tu.

dia : kau seorang yang mengamalkan agama tak?

aku : ya.

dia : kau berasal dari mana?

aku : malaysia. kenapa?

dia : jadi, kau ni seorang yang islam?

aku : ya. aku beragama islam.

dia : baiklah, tujuan aku datang ni sebenarnya nak tunjukkan kau peranan jesus dalam hidup, peranan tuhan dalam kehidupan harian kita dan semua yang berkaitan tentang ketuhanan.

saat ini, dia belum memulakan hujahnya dengan perkataan Kristian.
dia mula menunjukkan buku - bukunya tentang jesus hasil karangan orang kuat beragama kristian serta di tangannya juga terdapat sebuah Bible berwarna hitam.

aku lantas berkata

aku : sebelum kau ingin menceritakan kepadaku tentang agama mu, aku ingin tahu, kau ingin menceritakan kepadaku berdasarkan testement baru ataupun testement lama?

dia : oh, mestilah yang baru.

lantas aku memotong,

aku : maaflah, kalau kau nak tunjuk aku tentang agamamu berdasarkan testement baru, aku tidak akan percaya. Hanya testement benar - benar lama yang terdahulu barulah ku percaya.

dia : mengapa pula?

aku : kerana testement baru ini telah banyak perubahan isikandungannya.

dia mula membuat muka tidak senang dan marah. lantas dikeluarkannya Bible nya dan berkata,

dia : oh ya ka? kalau macam tu, tunjukkan aku dimana perubahannya?

aku : oh, maaflah aku belum arif tentang fasa - fasa di dalam bible mu ini. tetapi apa yang nyata memang kitabmu ini telah banyak perubahan. dalam agamamu, kau tidak percaya akan kehadiran seorang nabi yang bernama Muhammad bukan?

dia : ya,

aku : padahal di dalam kitab injil yang tulen terdahulu, memang jelas ternyata akan kehadirannya untuk menyelamatkan umat dunia.

dia : bagaimana kau tahu?

aku : kerana aku pernah membaca bible mu. malah aku juga sentiasa meragui bible mu.

dia : mengapa?

aku : ingin ku tahu, setiap kitab yang diturunkan kepada nabi akan disampaikan oleh nabi tersebut akan nasihat - nasihat dan kebaikan. tetapi aku hairan. mengapa dalam kitabmu ini menyatakan tentang kisah kematian Jesus padahal kitab ini diberikan untuknya agar ia menyampaikan nasihat dan panduan hidup kepada manusia. bagiku, hal umpama ini memang pelik dan tidak masuk akal. seorang pesuruh mendapat wahyu tetapi dalam masa yang sama wahyunya menceritakan kematiannya.

saat ini badanku semakin gementar gemuruh akan kalah berhujah. syukur alhamdulillah, aku yakin dia mulai resah; wajahnya mulai tidak senang dan hendak menengkingku tetapi dia cuba mengawal.

dia : eh, tak adalah. Dia tak mati tapi dia diangkat ke langit.

dihatiku semakin hairan. Mana satu benda yang betul dia cakap ni. dalam kitab dia tulis kisah pasal kematian Jesus tapi kali ni dia cakap pulak Jesus kena angkat ke langit. Aku sedar wajahnya mulai gementar seperti aku dan matanya mula berkeliar mencari point untuk berhujah. aku lalu menambah,

aku : dan aku juga yakin akan perubahannya(bible) atas sebab bahasa nya sendiri. jika diperhatikan, memang dah tak ada lagi kitab mu yang mempunyai isi yang sama seperti dulu termasuk penggunaan bahasa.

dia : ah? tapi waktu tu kan bahasa rom(dia cakapla) bahasa yang paling meluas dan kerap dituturkan oleh masyarakat. jadi, memanglah bahasa tu jadi bahasa kitab kami suatu ketika dulu; sekarang ni, mana ada lagi orang yang pakai bahasa kuno tu.

aku : al - Quran dahulunya bahasa arab. dan ramai orang berbahasa arab ketika islam berkembang luas. tetapi sekarang ni, islam tetap ada dan tidak semua orang tahu berbahasa arab. namun, kitab kami masih kekal dalam bahasa arab dan tidak pernah berubah isikandungannya. kalau ada tafsiran pun, dalamnya tetap ada ayat - ayat al Quran. tidak pernah sama sekali isinya berubah.

dia : eh, kitab kami ni pun bukannya kitab asal tapi dah jadi tafsirannya.

aku : memanglah tafsiran tapi aku sama sekali tidak meyakini isikandungannya kerana kitab sebenar tidak mungkin sama sekali berubah bahasa asal nya.

dia mulai tunduk sambil memandang ke suatu sudut di kananku dan matanya ku sedari sedang mencari isi untuk menjatuhkan diriku. aku semakin gementar kerana khuatir dia akan melawan aku dengan isi hujahnya yang tidak aku terjawab memandangkan ilmu terhadap agama masih belum cukup dalam untukku.

baiklah, sehingga di sini sahaja dulu. Insyaallah ada suatu hari nanti, akan saya sambung bahagian ke dua. Terima kasih kerana membaca dan mohon maaf andai terkasar bahasa dan mengguris hati. sekian, assalamualaikum wbt.

6 commentaires:

  1. salam ,,son,,,
    j'aime tellement l'histoire...et l'experience qu tu as...je te fellicite d'etre capable de te defendre..
    ak pn ad pengalaman kna approche oleh ,,pendakwah kristian ni..tp x la smpai,,mcm ko ni..
    ari tu..ktorang celbrate raya dkat besancon kat area rumah ktorang tingkat satu..ak msa tu sdang duduk tunggu kawan dkat kerusi diluar ground floor..
    tnggu pya tunngu,,tiba2 ad dua org lelaki segak berkot. (seorang lelaki perancis & sorang lelaki china dtg menyapa,,,

    Drang tnya ad event ap skang memandangkan ak pakai bju melayu msa tue..

    ak jawap la kami ad sambuatan perayaan..dia tnya ak datg dr mana,wat ap kat france,,bek la layanan drang..ak pn xcited la bercrita sbub jarang ad org perancis yg friendly...

    syok2 bercerita,,,drang perkenal kn diri & drang berkerja sbg cikgu . ak tnya cikgu ap?
    cikgu bahasa..owh....

    ak curious la kn bahasa ap then ak tnya drang..
    lelaki cina tu kuar satu bku warna itam.

    ak dah start meragui..rupanya bible,,dia suruh ak bca,,,msa tu mmg drah gemuruhn ak bergelumang smpai ke otak..ya Allah selamatkan la ak..

    then, ak terpikir cara 2k mengelak,,ak pura2 angkat phone, & bercakap konon2 kawan ak suruh cpat acara dah nak mula,,,ak tipu drangla,,,ak urgent dah nak blah,,,then ak ckap sori,,,chow,,,

    nasib bek ilham tu spontan dan itu pn dtg dr allah jua kn,,

    hehe....slamat berkongsi,,,

    RépondreSupprimer
  2. nice jai!!! it was a good action!! Allah is always with us....

    RépondreSupprimer
  3. san aku tunggu part tu.... kagum dah sket ni,... hahaha eh ko komen d page ku tu apa yg siuk2?? post ku ka... post mu ni??

    RépondreSupprimer
  4. okok jul. nnt ku upload part 2. alum ada masa lg. siuk part mu ngucapi jelama besigup. asan

    RépondreSupprimer
  5. \hohohoho... biasala... mun sudah anti sigup

    RépondreSupprimer