assalamualaikum, syukur alhamdulillah dapat bertemu sekali lagi walaupun masa tidak berapa mengizinkan kita untuk selalu bersama. baiklah, kali ini kita akan teruskan kisah benar yang saya lalui ini untuk kita gunakan bersama sebagai pengajaran dan persediaan melawan hujah pendakwah - pendakwah yang cuba menghasut kita.
aku : maaflah kalau aku terkasar bahasa tapi dalam al quran kali sendiri sudah tertulis ' untukmu agamamu, untukku agamaku' jadi aku kalau boleh tak mahu belajar ilmu agama lain sedangkan ilmu agama ku sendiri aku belum penuhi sedalamnya.
dia : oh, kalau macam tu, boleh la kita berbincang pasal agama kita.
aku semakin keliru dengan pernyataan pendakwah kristian ni. awalnya tadi kata nak ajar agama dia tapi sekarang nak bincang pula.
aku : maaflah, tapi memang aku tetap berpegang dengan agamaku. Islamlah agamaku, al Quran kitabku dan Allah itu adalah Tuhanku. Satu agama ini sudah memadai untukku dan aku rasa tidak perlu lagi lagi untukku menganut agama lain yang ku rasa agama ku sekarang ni dah menyenangkan hidupku.
tiba - tiba terkeluar dari mulutnya soalan yang aku tak terfikir.
dia : tapi kalau Islam tu betul - betul baik, kenapa masih ada kekacauan di iraq, iran dan negara - negara islam lain.
aku sememangnya tidak tahu sangat pasal keadaan negara ni tapi alhamdulillah syukur kepadaNya kerana memberikan aku buah fikiran untuk menjawab.
aku : hah, inilah masalahnya sekarang. masyarakat sekarang ni tidak faham sepenuhnya tentang islam. mereka hanya memandang Islam secara terus menerus tanpa berfikir. apa yang berlaku sekarang ni ialah masyarakat tidak faham sepenuhnya Islam dan cara melakukan kewajipan sebagai islam. jika ku tanya kepada mu, tahukah engkau al Quran?
dia : ya. (dia menangguk kecil)
aku : tahukah engkau hadis?
dia : tidak. (dia terdiam sambil berwajah penuh pertanyaan dan kehairanan. ku lihat sendiri wajahnya umpama tidak mahu menerima sekali lagi kekalahan hujah)
aku : ha, inilah yang berlaku apabila masyarakat lain ada yang tidak tahu tentang hadis. agama lain hanya mengetahui islam berkaitan dengan al Quran tetapi mereka tidak tahu yang kami(muslim) juga ada hadis. kau tahu tak apa itu hadis?
dia : tak.
aku : hadis ni ialah kata - kata nasihat dan pesanan dari rasulullah untuk peringatan kami dalam menjalankan kehidupan seharian.
si pendakwah kristian ni mengangguk kecil tanda baru memahami.
aku menyambung kembali,
aku : inilah yang berlaku di sana. contohnya, mereka hanya menggunakan al Quran sebagai panduan hidup tapi mereka tidak menggunakan hadis. sekarang aku tanya lagi, taukah engkau tentang ahli sunnah wal jamaah?
dia : tidak
dia menggelengkan kepala tanda tidak tahu. wajahnya penuh dengan rasa ingin tahu dengan lebih dalam. aku kembali mengambil ayat,
aku : taukah engkau pula tentang syiah?
dia menggeleng kecil dan wajahnya penuh rasa ingin tahu dan sedikit marah tapi terkawal.
aku : lihatlah, inilah sebabnya masyarakat dunia sekarang tidak tahu sebenar - benarnya tentang islam dan hal inilah yang menyebabkan islam dipandang dengan cara yang salah. Masyarakat tidak faham sepenuhnya tentang islam; sebenarnya islam itu sangat indah jika anda memahaminya.
dia cuba mengambil peluang untuk berkata,
dia : oh begitu. seronok betul berbincang dengan kau. bolah tak lain kali kita berbincang lagi tentang agama?
aku tersentak dan tergamam. sungguh, aku tidak berani sama sekali untuk berbincang agama bersama penganut bukan islam. aku terdiam seketika dan menjawab dengan suara ragu - ragu.
aku : em, maaflah sebab aku tak suka sangat bercerita tentang agamaku kepada orang lain yang bukan seagama denganku.
dia : kenapa pula?
aku : aku tidak sepatutnya bercerita tentang agamaku kepada orang lain yang tidak seagama dengan ku melainkan mereka bertanya untuk diminta penerangan. jika ada yang minta penerangan tentang islam, barulah aku akan terangkan tentang agamaku tapi kalau untuk berbincang bersama aku tidak boleh. hanya orang yang minta penerangan tentang islam saja yang akan ku ceritakan.
dia : baguslah kau ni. aku suka bercerita bersama kau.
aku hanya mampu tersenyum kerana tidak ada lagi soalan yang diajukan olehnya kepadaku. dia menyambung kembali.
dia : dari kata - kata mu ini, aku tahu kau betul - betul sayangkan agamamu.
aku tersenyum tanda senang hati dan mengangguk kecil.
aku : benar. memang aku sayangkan Islam dan sungguh, islam benar - benar memudahkan perjalanan hidupku.
dia : bagusnya jika semua masyarakat memandang mulia agama.
aku tahu maksud ayatnya tapi aku sengaja bertanya.
aku : maksudmu?
dia : yalah, remaja khususnya jika kita lihat sekarang ni, ramai yang tidak beragama dan kalau yang beragama pun sekadar pada nama. dorang cuma memandang dunia ini sekadar hidup bergembira dan selepas mati maka tamatlah semua.
aku : benar. remaja sekarang ni hanya menggunakan logik akal fikiran dalam menjalankan kehidupan harian mereka. mereka tidak faham sepenuhnya tentang tujuan hidup di bumi ini.
selepas beberapa ayat borak kosong, dia pun menyatakan dia berasa gembira bercerita bersamaku dan kini, dia lebih memahami apa itu islam. aku tahu dia memang cuba memperlekehkan Islam tapi tidak berjaya. syukurlah sekurang - kurangnya ada jugalah seorang pendakwah di sini yang memahami lebih dalam sedikit berbanding 'faham sekadar faham'. aku berharap agar pintu hatinya terbuka dan mendapat hidyah dariNya berdasarkan sedikit hujah lemah yang kukemukakan. dia kemudian melangkah pergi meninggalkan bilikku. aku menutup kembali pintu dan menarik nafas lega. Syukur alhamdulillah, aku dapat melawan hujah - hujahnya walaupun aku tidak memiliki ilmu yang begitu mendalam tentang Islam.
nasihatku kepada saudara - saudaraku sekalian, janganlah berhenti dari mendalami ajaran agama Islam kerana musuh kita sentiasa mencari peluang untuk meruntuhkan keimanan kita lantas memusnahkan Islam. sudah ternyata di dalam al Quran tentang ketidakpuasan hati musuh islam terhadap kita dan peringatan ini sering diulang dan diulang dan diulang. hanya dari kita sahaja yang menentukan samaada ingin menjadi golongan yang menegakkan islam atau meruntuhkan sendiri agama.
dengan memahami sepenuhnya ilmu tauhid, insyaallah dapat mengaitkan hubungannya dengan ilmu - ilmu lain seperti ilmu ibadah dan ilmu akhlak.
baiklah, sampai di sini saja dulu. insyaallah ada masa kita akan bersua kembali. salam sayang untuk saudara - saudari ku sekalian, assalamualaikum warahmatullahhi wabarakatuh.
***isi ini tidak sepenuhnya tertulis kerana ada bahagian yang mungkin aku dah terlupa sedikit dan tak perlu risau sebab aku memang dah letak ii yang betul - betul penting untuk dikongsikan bersama.
sebelum menutup page ini, marilah menghayati lirik lagu ini. Maher zain, the chosen one, thank you Allah.
good!... ^^...
RépondreSupprimeralhamdulillah..^__^
RépondreSupprimer