Selamat Datang ke Se'Toulouse' Hati

jangan dianggap agama hanya sekadar amalan untuk perkahwinan, kematian, dan lima asas kerana agama lebih dari itu.

lundi 27 décembre 2010

Dunia memang tak adil.. bahagian ke dua

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. akhirnya berpeluang juga berkongsi ilmu untuk kali ini..


dalam hidup kita ini sebagai seorang yang menganut agama islam, senantiasa kita memegang prinsip bahawa beriman kepada kitab kitab. kita sebagai pemimpin yang dipilih olehNya untuk menyampaikan penyaksian kebenaran sewajibnya beriman kepada alQuran. 


inilah manual hidup yang paling berkesan untuk panduan perjalanan di muka bumi ini.


tapi seringkali terlintas difikiran suatu ketika dulu, cukup kah kalau sekadar baca? tentang bacaan, alhamdulillah tak ada la masalah sangat. nak hafal tu, ada jugak la sikit lubang nya. 


jadi, apa kaitan manual hidup dengan sekadar membaca isi nya?


ha... di saat inilah bermulanya pencarian...


zaman kegemilangan islam suatu ketika dulu, al Quran merupakan rujukan utama mereka dalam menjalankan kehidupan harian termasuklah politik, urusan kekeluargaan dan banyak lagi selain sembahyang, puasa dan zakat.








tetapi saat kejatuhan islam, alQuran mula jauh dari masyarakat islam sendiri. tetapi jauh di sini bukanlah bermaksud tidak memilikinya setiap seorang tetapi masyarakat tidak membaca apatah lagi memahami isinya. setiap rumah boleh dikatakan memiliki alQuran tetapi belum tentu memahami isi kandungannya.


tahu atau tidak, musuh kita dari dulu lagi sentiasa mencuba untuk menjauhkan alQuran dari hati kita dan inilah antara kejayaan mereka yang sentiasa mereka impikan.


ok lah tak nak melalut lagi. kali ni, sambung pulak isu lalu, dunia memang tak adil. ini yang selalu orang kata lah, saya tak kata. saya cuma nak kongsi pengalaman sahaja...




antara soalan yang kerap manusia kemukakan:


1. Kenapa aku sentiasa Diuji? 

   'Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan menyatakan ,"Kami telah beriman," dan mereka telah diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang sebelum mereka , maka ALLAH pasti mengetahui orang-orang yg benar dan orang - orang yang berdusta'


Al-Ankabut : 2-3


dengan ujian inilah yang sebenarnya akan menentukan kita ini benar benar beriman atau tidak terhadapNya.

betullah kan. nak keluar dari mulut kita ayat 'aku sudah beriman' memanglah mudah tapi keunggulan ayat tersebut mestilah diujikan? macam orang buat kereta lah. kalau siap buat tapi tak di periksa pun tak jadi jugak kan???



Dia tahu apa yang kita tak tahu. Inilah janjiNya dan yakinlah.




2. Kenapa Aku tidak mendapat apa aku idam-idamkan

'Diwajibkan atas kamu berperang , padahal itu tidak menyenangkan bagi kamu , tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu , itu baik bagimu . Dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu . Padahal itu tidak bagimu. ALLAH mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui' 


Al-Baqarah : 216

tapi dalam ayat ni jangan terus salah faham ye!!! 
perang tidak bermaksud perang senjata bunuh membunuh tetak menetak pancung memancung. perang disini termasuklah perang melawan nafsu contohnya. masyarakat sekarang lebih lebih lagi yang mempunyai penyakit ISLAMOFOBIA sering menganggap bahawa perang membawa maksud keganasan. jangan salah faham ye.


contohnya la kan, perang melawan nafsu nak membeli barang yang bukan penting disaat itu. bunti memang macam 'alah, semua orang buat macam tu' tapi hakikatnya, kita tidak sedar adakalanya kita tumpas dalam melawan nafsu kita. di musim perayaan contuhnya, kita nakkan semuanya baru. tabir baru, sofa baru baju baru dan semua serba baru.hakikatnya, benda ni bukanlah menjadi kepentingan kita. kita tidak pernah terfikir saudara kita di palestin contohnya yang masih dalam kesukaran dan diburu kesempitan hidup. lihatlah betapa tumbangnya kita dalam kehidupan ini. malah, kita juga akan diuji keimanan dengan harta benda duniawi ini. Dia mengurniakan kita harta ini adalah bertujuan untuk menguji kita sama ada kita akan beriman atau akhirnya lalai akan tanggungjawab.


fuh, panjang lebar. nak terangkan pun rasa macam tak cukup dalam satu page ni.

3. Kenapa ujian seberat ini ?

'Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya . Dia mendapat (pahala) dari (Kebajikan) yang dikerjakan dan dia mendapat (siksa) dari (kejahatan) yang diperbuatnya . (Mereka Berdoa), "Ya Tuhan kami , janganlah engkau hukum kami jika kami lupa atau melakukan kesalahan . Ya Tuhan kami janganlah Engkau bebani kami dengan beban yang berat sebagaimana Engkau bebani orang-orang sebelum kami . Ya Tuhan kami , janganlah engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya . Maafkan kami dan ampunilah kami dan rahmati kami , engkau pelindung kami , maka tolonglah kami menghadapi orang-orang kafir.'



Al-Baqarah : 286




dan terjawablah soalan hidup ini...
orang selalu cakap,


pengalaman mengajar kita dalam mengharungi kehidupan. sepahit pahit dugaan akan membawa kepada semanis manis kejayaan.


Allah menguji kita dengan kemampuan yang kita miliki yang adakalanya kita rasakan ujianNya terlalu berat untuk dilalui sedangkan kita sebenarnya mampu melaluinya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segalanya. Dia tahu kemampuan kita cuma kita sahaja yang terlalu manja dalam mengharungi kehidupan.




sehingga di sini. Mohon maaf andai terkasar bahasa. Sekian, assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh...



Aucun commentaire:

Enregistrer un commentaire