Selamat Datang ke Se'Toulouse' Hati

jangan dianggap agama hanya sekadar amalan untuk perkahwinan, kematian, dan lima asas kerana agama lebih dari itu.

jeudi 30 juin 2011

setahun kini berlalu

assalamualaikum dan selamat sejahtera.

sekian lamanya tidak mengemaskini blog, akhirnya syukur ke hadrat Ilahi atas kesempatan yang diberikan.

Setelah setahun lamanya masa kulalui di negara orang, ingin benar kukongsi bersama segala yang kutahu dan kulalui sepanjang di bumi maju Perancis. Hehehe, aku mulakan kisah dari hari aku nak fly la ye.




Dari kepala botak licin, sampai la ke rambut iklan syampu, memang banyak yang aku belajar lebih - lebih lagi sebagai seorang yang beragama islam.

hurm, kenapa tiba-tiba nak borak pasal islam ni? hahaha, sebenarnya, aku cuma nak tunjuk yang kita sebenarnya nak "islam", bukan "Islam". Nanti aku terangkan lagi detail insyaallah.

ok, waktu sampai di france awal- awal tu macama kekok pun ade jugak memandangkan accent orang selatan perancis ni memang lain sikit dari france di paris. jadi, memang sangkut la jugak awal tu. tak lupa, dengan budaya mereka yang memang ada beza nya berbanding dengan budaya negara kita. seawal ku sampai, aku pun teperanjat jugak bile tengok dorang ni tak bukak kasut bile masuk rumah. paling - paling pun ada selipar yang aku ingat khas untuk dalam rumah, tapi akhirnya dorang guna jugak untuk luar rumah. sebab tu la awal - awal dulu waktu tinggal di rumah keluarga angkat, dorang rasa terkejut skit bila tengok aku bukak selipar yang dorang bagi aku pakai tu bile aku dalam bilik.  ye la kan, kalau nak solat kita lebih sempurna, kena la ada tempat yang bersih kan.

dari situ la dorang faham yang kita sebagai muslim ni memang sangat menitik beratkan kebersihan sehingga ke tempat solat sekalipun dengan telitinya kita menjaga kebersihannya. tapi dorang ni takde la benci islam macam yang kita fikirkan sebab tak semua dorang ni yang teruk.

dan satu lagi yang menarik di negara empat musim ni, waktu solat die memang berubah  ubah. tak pecaye? ha, contohnye, kat tempat aku belajar ni, solat subuh di musim panas boleh menjadi seawal 4 pagi dan solat subuh di musim sejuk boleh jadi selewat 8 pagi. hurm, memang sentiasa berubah; solat isyak pulak boleh jadi seawal 730 malam dan selewat 12 malam. awal² tu susah jugak nak adapt tapi dah lame - lame tu, dah tak jadi masalah pun malah lebih mudah lagi nak aturkan mase.

tapi bukan itu yang paling aku nak tekankan sebab ada satu benda yang lagi aku nak tekankan yang mungkin kita tak sangka. mereka ni memang hormat agama orang lain tapi ada antara dorang ni memang suka nak remehkan agama islam sebab ye lakan, memang dah janji Allah yang memang dorang ni memang tak akan senang dengan islam selagi islam tu tak ikut cara hidup dorang, [2:120] sudah cukup sebagai peringatan kepada kita dari Allah tentang hal ini.

tapi sebagai pelajar yang islam, bukan Islam, maka perlulah kita ada hujah yang tegas tapi sopan, bukan hujah yang kasar sehingga memaksa mereka untuk mengikut pandangan kita. sebenarnya, kita hanyalah untuk menyampaikan perkara yang benar kerana menerima atau tidak hati dorang terhadap kebenaran yang kita sampaikan tu sume adalah urusan Yang Maha Satu semutlaknya.

contohnye, yang aku penah kene ialah satu situasi bile ade sorang ahli keluarga angkat ni yang memang tak pecaya langsung agama. die memang cakap semua opinion die psl islam dan awal - awal tu aku panas jugak bile die main sedap je cakap tapi ye la kan, kalau aku ikut kan kemarahan ut, nanti emosi pula yang mengawal diri dan akhirnya, akal tewas sehingga merosakkan lagi persepsi orang terhadap kita. pada awalnya makcik tu cakap la die pernah baca tafsir Quran dan die kate die tak jumpe pun pekataan arak or wine. hurm, aku pun dengan sabar tapi dalam hati, sabar je la, menjawab persoalan makcik tu. aku kate la kat makcik tu, memang tak ade perkataan arak bulat-bulat dalam quran tu tapi apa yang tertulis ialah apa - apa yang memabukkan [5:90]. jadi, kalau orang tu minum kopi pun boleh memabukkan die, memang haram la kopi tu untuk dia. alkoholic drinks tu memang dah jelas memabukkan tu memang dah jelas la tak patut diminum. tambah - tambah lagi minuman tu bawa penyakit bila diminum.

dalam hati aku, syukurlah dilahirkan sebagai islam sebab tak perlu makan dan minum benda - benda yang tak membawa kesihatan. ramai yang tak faham mengapa setiap sesuatu itu dilarang padahal yang dilarang itu sebenarnya baik untuk kesihatan luaran malah juga kesihatan sosial.

ada suatu ketika pula, makcik tu perlekehkan pulak pasal daging halal. die dengan selamba nya cakap yang bende tu stupid tapi ye la kan, makcik tu tak tahu. mak angat aku tu tengok je sebab die pun tak pernah cakap sampai macam tu. aku pun terangkan la yang daging halal tu sebenarnya antara kelebihan nya ialah tak ada darah kotor dalam daging tu.sebab tu la kalau certain orang yang tak makan daging tak halal, die dapat rase perbezaan dari segi rasa sehinggalah ke kekenyalan daging tu sendiri.

makcik tu ade jugak mintak maaf kalau - kalau die kasar sangat tapi untuk aku, tak pe la. die pun tak tahu sepenuhnya pasal islam, jadi, memang dia akan perlekehkan kerana sebenarnya hatinya tertanya - tanya. tambahan pulak, memang dah janji Allah yang dorang ni memang akan sentiasa tak senang ngan islam.

untuk kali pertama ini, aku rasa sampai sini je la dulu. insyaallah aku sampaikan pulak cerita pengalaman lain.sekian, assalamualaikum.

2 commentaires:

  1. Ali, banyak yang dpt akak belajar dari entri terbaru ni... Bolehlah kongsi sikit kat blog akak. heheheh. Lama tak update blog, selamat berblogging semula. Akak pun baru harini mula balik tulis blog...

    RépondreSupprimer