Selamat Datang ke Se'Toulouse' Hati

jangan dianggap agama hanya sekadar amalan untuk perkahwinan, kematian, dan lima asas kerana agama lebih dari itu.

mardi 12 juillet 2011

setahun kini berlalu bahagian ke dua

assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan selamat sejahtera.

seperti yang aku janjikan hari tu, kali ni aku akan sampaikan bahagian seterusnya pengalama hidupku di perancis, bumi yang kukategorikan sebagai negara yang memang maju.

almaklumlah, tahun pertama di france, waktu tu raya aidilfitri awal bulan september. orang pakai baju raya pegi masjid utk solat pastu beraya di rumah orang, aku pula pakai baju ni untuk solat di dalam bilik sambil takbir dari laptop bersertakan lagu raya di playlist youtube. ='(

tapi nak buat camne kan, memang tu dah janji Allah utk tahun pertamaku di negara orang. selain tu, dengan berbaju raya tu, aku pegi kelas untuk pendaftaran tahun pertama di IUT(Institute Université de Technologie). dah tu kelas direct pulak lepas pendaftaran tu. macam ni la kehidupan di negara sekular sepenuhnya. suatu ketika dulu, memang tak tahan jugak sebab sistem dorang ni memang sepenuhnya membuatkan pelajar sibuk dengan urusan dunia sepenuhnya sehingga lupa tanggungjawab sebenar lebih² lagi persediaan utk hari pembalasan nanti.

as a muslim, jangan lah jadikan sistem sekular ni sbg alasan utk mengabaikan tanggungjawab terhadap Yang Maha Satu. spanjang perjalanan hidup di sini, semakin jelaslah perangai masing². tapi kalau berpegang dengan kefahaman hati dan bukan akal semata - mata pada jalan yang lurus, insyaallah tak akan lari akidah malahan akan semakin melimpah - ruah rezeki.

ketika masuk IUT pulak, kdang² waktu solat tu pun memang terikat dengan pergerakan kelas pengajaran  dan pembelajaran. tambahan lagi, waktu solat di france sentiasa berubah dan tidak tetap seperti di negra kita. Di awal pengajian tu, kekok jugak tapi kalau nak keredhaan Allah, kene la tak lupa kewajipan. solat tu kene la pandai² cari waktu yang free. kdg² kalau ade break kejap tu, tunaikanlah solat.

hidup di negara yang sekular sepenuhnya ni bukanlah seperti yg aku sangkakan ketika belajar di malaysia. rupa nya pengajian lg intense compared to MFI dulu.

intense tu bkn la dari subjek semata - mata since byk jgk faktor lain yg kalau iman tak ada di dada, benda haram pun di jadikan halal. tetapi tak adil lah klu aku cakap dorg tu yg jahat. almaklum lah, klu di banding kan dengan negara malaysia, mmg ptt kite consider yg dorg tu bkn nya tahu. tapi, tu bukanlah sepatutnya menjadi alasan utk kita biarkan dorg kan? kite sbg manusia yg tahu kebenaran ni septt nya berusaha utk lihatkan dorg islam sebenar. almaklumlah, bukankah orang yang menyembunyikn kebenaran tu adalah antara golongan yg zalim. [2:140]

bila masuk bab kawan², memang kene betul² pandai nak pilih sebab bile dah sampai france ni, memang tak semua akan kekal attitude. contohnya, ada kawan yang baik di malaysia dulu, boleh jadi dia berubah bila sampai di france. sebab tu la hidup in a small group in france, kene la saling ingat - mengingati dan hiduplah dalam kumpulan. jangan la kita menjadi individu yg melakukan sesuau demi kepentingan diri sendiri sehingga orang lain dipinggirkan. kalau berterusan, silap² boleh buat orang susah dan akhir nya orang lain pulak tak nak kita.

jadi, sentiasalah mejadi golongan yang saling ingat - mengingati. kalau ada orang yang buat kita sakit hati ke terase ke, maafkan je la dan anggap la die masih tak sedar apa yg sdg die lakukan.

ingatlah peringatan Allah, [3:104]

"dan hendaklah di antara kamu ada segolongan orang yang menyeru kepada kebaikan, menyuruh yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar. Dan mereka itulah orang - orang yang beruntung"

hidup as a muslim memang indah. asalkan kita faham dengan cara yang betul tentang islam, insyaallah anda berada di trek yang lurus. aku sentiasa ingat nasihat kawanku, "jadilah muslim yang belajar, bukan pelajar yang muslim".

rasanya aku sampaikan sampai sini saja dulu. insyaallah kalau ada kesempatan lain, aku teruskan lagi usaha utk menyampaikan semua yg aku lalui.

sekian,

assalamualaikum warahmatullahhi wabarakatuh.

2 commentaires: