Selamat Datang ke Se'Toulouse' Hati

jangan dianggap agama hanya sekadar amalan untuk perkahwinan, kematian, dan lima asas kerana agama lebih dari itu.

lundi 4 juin 2012

Masihkah Punya Harapan???

بسم الله الرحمن الرحيم

 ربنا لا تزغ قلوبنا بعد إذ هديتنا وهب لنا من لدنك رحمة إنك أنت ٱلوهاب

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


seringkali saya membaca doa tadi agar sentiasa berada di jalan yang benar. mungkin tidak ramai dari kita yang perasan bahawa doa ini merupakan ayat indah yang dipetik dari al Quran, surah ali imran, ayat ke 8.

mengapa ayat ni begitu saya jatuh cinta padanya sehingga ingin saya kongsikan?

saya dahulukan dengan terjemahannya dahulu.

"Ya Tuhan kami, janganlah Engkau condongkan hati kami kepada kesesatan setelah Engkau berikan petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Mu, sesungguhnya Engkau Maha Pemberi"

Pastinya sebagai seorang perantau di negara Napoleon ini, pelbagai rintangan malah halangan saya lalui baik dari masyarakat di sini mahupun masyarakat dari negara lain. hurm, macamana tu? alah, dunia sekarang kan ibarat di hujung jari. internet menghubungkan negara - negara. tapi tak palah. bukan itu yang ingin diutarakan.

sepanjang perjalanan ini, walau kuat dan hebat sekalipun hati dan semangat seorang pemuda itu, pastinya aka tiba di suatu masa, ia akan menjadi serapuh kayu reput dan ada masanya ia akan merasakan kesedihan yang mungkin tidak bisa ia lalui.

pelbagai rintangan telah saya lalui. dalam mengajak rakan - rakan kepada kebaikan, pastinya ada yang memandang negatif malah menuding jari mengatakan saya ini sudah terpengaruh dengan orang yang tidak elok. Maha Suci Allah, sememangnya saya sendiri sedih melihat salah satu situasi ini.

ada kalanya saya sendiri melihat masyarakat saya sendiri yang memperlekehkan kebaikan yang dilakukan oleh orang lain. malah pernah saya lalui sendiri situasi di mana saya ini dituduh sebagai golongan yang berfikiran kuno dek tidak mahu mengikut arus dunia masa kini yang berlumba - lumba mencari duit sebanyak mungkin, berpolitik secara nafsu semata malah ada yang lebih teruk lagi.

Maka dari itulah apabila bersedihan, saya bermuhasabah. Bersyukurnya kerana ditunjukkan cara hidup yang tidak terkejar - kejar dunia, aset yang ramai merebutnya tapi akhirnya sia - sia kerana ia tidak dapat dibawa ke mati. Saya sememangnya bersyukur ditunjukkan perbezaan antara 'keinginan' dan 'keperluan'. Alhamdulillah maka itulah sebabnya saya amat cintakan ayat cinta Allah dalam surah ke 3 ini.

Maka dari itulah, saya mengingatkan diri sendiri bahawa senantiasa ada golongan yang memperlekehkan sebarang kerja baik yang kita lakukan. Biarkanlah!

Mengapa saya berani berkata begini? kerana cuba kita lihat situasi ini.

kita buat jahat : orang mengata dan kita dapat dosa.

kita buat baik : orang mengata tapi kita dapat pahala.

kita tak buat apa - apa : orang mengata juga.

maka, lebih baik kita mengamalkan kebaikan. dapat pahala amal kebajikan, dan kalau orang mengata, insyaallah pahala lagi dapat. dan bersabarlah, kerana Allah bersama orang - orang yang sabar. tak percaya? mari kita lihat kembali pesanan Allah dalam al Quran.

"Dan taatilah Allah dan Rasul - Nya dan janganlah kamu berselisih, yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan kekuatanmu hilang dan bersabarlah. Sungguh, Allah bersama orang - orang yang sabar" [8:46]

sebagai muslim, alQuran dan hadith sudah mencukupi untuk menjadi asas dalam kehidupan. adakalanya saya terfikir juga, kalau peringatan Yang Mencipta kita ini sendiri saya tak patuh, macamana pula dengan peringatan yang lain?

Ya Allah, semoga aku ini tidak menjadi mereka yang berpatah kembali.

sekian, assalamualaikum.

mohon maaf andai terkasar bahasa.

Aucun commentaire:

Enregistrer un commentaire