Selamat Datang ke Se'Toulouse' Hati

jangan dianggap agama hanya sekadar amalan untuk perkahwinan, kematian, dan lima asas kerana agama lebih dari itu.

samedi 8 septembre 2012

Toulouse - Paris - Qatar - Kuala Lumpur - Labuan

بسم الله ٱلرحمن ٱلرحيم

ٱلسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

apa yang menarik sangat pos kali ni? tajuk je dah nama - nama bandar bagi negara yang berbeza. well, sememangnya menarik untuk ku. andai dapat aku nukilkan, pasti tidak sama emosinya dalam penulisan.

sebenarnya, tajuk ni merupakan kisah perjalanan pulang aku dari tanah pengajian ke tanah kelahiran. untukku, inilah perjalanan pulang yang benar - benar bermakna.

mengapa? ha, ini ceritanya...

biar aku ceritakan dari satu penerbangan ke penerbangan yang seterusnya.

Kisah Tiket Penerbangan
mulakan dulu dengan kisah tiket. sebenarnya tahun ni aku beli tiket dari seorang kawan. dia dah beli dah pun tiket flight tapi in the end dia tak jadi pulang pada tarikh tu memandangkan dia kena stay beberapa hari lebih lama untuk urusan etc etc... so, dia juallah tiket tu..

aku pun yang belum beli tiket lagi ni teruslah beli dari dia...

tiket die ni aller retour so aku kena bayar kat dia around 800++€...

jadi aku pun kol lah kawan aku yang kat france jugak untuk tanya dia pergerakan pulang dia ke malaysia dan juga balik semula ke france. kol punya kol, so, aku pun beli la tiket pula dari KL ke Labuan (aller retour) dan juga dari Toulouse ke Paris juga aller retour.

sebagai langkah berjaga - jaga, aku pun beli lah tiket sehari selang sebelum flight seterusnya untuk elak sebarang masalah yang tidak dijangka (bersedialah untuk kisah yang akan terjadi).. hahahha!!!!

so overall, perjalanan yang bakal aku lalui ialah

17/07/2012 - Toulouse ke Paris
18/07/2012 - Paris ke Doha
19/07/2012 - Doha ke KL
22/07/2012 - KL ke Labuan

tiket ke labuan tu je yang memang ada dua hari gap since tarikh sehari sebelum tu, harga tiketnya mahal ya Rabbi... memang puluh² euro dia nak hentam lagi mahal.. dengan redhanya diri pun membelilah tiket bertarikh 22 julai tu... (pada masa yang sama berfikir di mana nak tidur...)

ok, simpan dulu cerita tiket ni sebab kejap lagi akan guna balik...


Toulouse ke Paris
pagi tu, beberapa jam sebelum flight, kena buat 'état de lieu', maksudnya check bilik dari pihak pemilik rumah sama ada kita tinggalkan bilik sewa kita tu dalam keadaan yang baik ataupun tidak.

hahaha, saja bawa keluar cerita tu walaupun tiada kaitan. kisah yang tak berapa nak best nya tu bermula bila aku dah selamat tiba di paris.

Toulouse - Paris
alhamdulillah tubuh badan selamat sampai tapinya begasi pulak tak sampai.

AH SUDAH!!!!!

tunggu punya tunggu, tak sampai² jugak. pegi ke bahagian pengurusan tu, nak pegi verify apa yang dah jadi.

bila mak cik pertengahan usia tu verify, beg tu masih kat toulouse.

APA????????!!!!!!!

so, isi kertas tu, isi kertas ni, dia kata tunggu panggilan telefon dari dorang dan dalam dua hari, beg akan dapat. kalau tak dapat jugak, isi borang claim barang untuk dapatkan duit ape ntah.

beristighfar... aku tak nak la duit tu sebab duit bukan boleh selesaikan semua masalah. dalam begasi aku tu, macam² benda aku kot. dengan hadiah untuk keluarga lah, kawan², dengan makanan la..

ape, ingat duit boleh selesaikan semua masalah ke?

ni la ni kan, bile hidup kerana duit.

istighfar lagi...

so, terpaksalah menunggu dalam dua hari untuk begasi yang nampak murah tapi kandungannya terlalu bernilai untuk aku...

ps : waktu tumpang di rumah kawan. almaklumlah, banyak network, insyaallah mudah...


OK, ingat tak pasal tiket selang sehari yang aku ceritakan awal² tadi. nak dijadikan ceritanya kat sini, kebetulan seminggu sebelum flight ke paris tu, kawan aku yang jual tiket tu kol. katanye tiket tu tak dapat ditukar nama.

WHAAAATTTTT????????!!!!!!!!!!!

seminggu lagi nak balik bercuti tu!!!

so, dengan tidak semena menanya, bukaklah site flight, cari tiket paling murah.. tengok punya tengok, sume mahal. walaupun one way sahaja... perancangannya, beli sajalah dulu one way, pulang tu pulak cari flight lain yang murah.

cari punya cari, jumpalah flight dari Qatar Airways yang harganya 750++€. tu pun tarikhnya bukan seperti yang dirancang (18 julai 2012). tiket yang baru ni bertarikh 19 julai 2012. kiranya ada 2 hari akan berada di paris.

AHAAA.......

nampak tak cantiknya susunan yang Allah buat kepada hambaNya. kerana tiket yang murah tu 2 hari selepas ketibaan di paris, aku pun ade jugaklah sedikit sebanyak masa untuk tunggu bagasi yang hilang tu.. Allahuakbar!!! Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Kita tidak nampak apa yang akan berlaku pada kita tapi Dia tahu apa yang terbaik untuk hamba - hambaNya. Tak terbayang aku kalau tiket flight aku ke KL tu 18 julai, konfem² bagasi aku masih tak dapat ditemui.

alhamdulillah, beg tu aku dapat jugak akhirnya walaupun ada beberapa jam sahaja lagi sebelum waktu sepatutnya aku berada di tempat check in. bila dah dapat, hilang jugak rasa risau tahap gaban tu...

ok, untuk part toulouse paris, setakat ni je la perjalanan yang memang mentarbiyah aku untuk lebih bersabar dan meyakini dengan lebih kuat yang setiap yang berlaku tu pasti ada sebab dan tujuannya walaupun aku tak berapa menyenanginya...

teringat potongan firman Allah yang bermaksud

"...boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu..." [2:216]

ya benar, aku sebenarnya semakin lalai dan alpa dengan kehidupan dunia yang palsu semata - mata. dunia ini hanyalah sekadar alat untuk menggerakkan matlamat...

dengan dugaan macam ni kurang² aku sedar la balik dari lalai... uhuhuh, alhamdulillah masih diberi peringatan...


Paris ke Kuala Lumpur
kalau tengok kat senarai perjalanan, ada stop kat doha. tiket yang aku beli beberapa hari sebelum hari bertolak tu, ada transit di Doha.

Paris ke Doha
dalam perjalanan dari paris ke doha ni, tak da lah banyak sangat benda yang menarik berlaku.

tapi sepanjang flight ni, dapatlah aku nampak skit sebanyak perangai orang² Qatar ni camna..

masa aku duduk di kerusi tu, orang belum ramai lagi, aku pun keluarkan siap² alQuran. Sejak mengenali bulatan gumbira nih, sepanjang perjalanan yang jauh, mesti akan aku pegang buku tu untuk dibaca. almaklumlah, kalau tak bergerak ni, bacanya pun tak banyak. nak baca banyak pun sebelum ni, selalunya bulan puasa ramadan je la. apa² pun, bila dibawa bersama tu, memang aku sendiri tak terbayangyang dalam perjalanan, aku dapat habiskan bacaan dengan kadar muka surat yang amat mengagumkan. pastu, datanglah satu kumpulan pemain bola sepak dari Qatar.

dari cara dorang cakap, memang aku dapat rasa sedikit berbeza accent dorang berbanding orang² arab di France (most of them dari Maroko, Algeria dan Tunisia).

dan adalah seorang mamat ni duduk sebelah aku. memang susah aku tengok tangan dia ni lepaskan iPhone dia tu. tak men game, tengok video dan vice versa.

soubhanAllah, memang aku sendiri pun tak tahu kenapala badan aku menggeletar tanpa henti. nak kata takut, tak da la sangat. nak kata sejuk, boleh tahan panas jugak dalam flight tu.

dan aku pun tetiba terdengar la seorang lelaki lain yang sebut pasal aku (dia kata orang asia sebelah ni pegang Quran). pastu ada pulak seorang lelaki lain ni sedang bediri dan bejalan menuju ke kerusi di belakang aku. waktu selisih tu, dia pun bagi la salam. aku jawab(wajib. tak jawab dosa).

si mamat yang tegur awal² tadi tu pun mencuba untuk berbual dengan aku tapi masalahnya, dia dengan selamba badak air nya cakap bahasa arab.

ah sudah! dengan ayat standard yang dah lama aku hafal lagi hadam, aku menjawab dengan sedikit gemuruh,

"la atakallam allughatul arabiah. atakallam allughotul enjilizia"...

dan berbuallah kami. dia siap tanya aku lagi study apa kat mana dah berapa lama etc etc etc. last sekali dia kata "goodluck" kat aku.

mamat kat sebelah aku yang main game jer ni pun ceritalah sedikit sebanyak aktiviti dorang ni kat france bagai.

tapi dia ni pun tak berapa banyak cakap jugak in the end sebab aku tengok dia memang melekat dengan iPhone berapanya entah.

dan bila sampai, hari tu adalah ramadhan pertama di tanah Qatar tu. aku sampai dan keluar saja dari kapal terbang tu, ya Rabbi!!! Panas terik Allah saja Yang Tahu...

kebetulan jugak waktu flight ni, ada seorang wanita filipina. dia tau jugak la sedikit sebanyak salutation malaysia, dan jugak nombor. masyaAllah, teringat pesan seorang ustaz tu tentang pentingnya menguasai pelbagai bahasa. sporting nya dia ni sampai siap offer air dua tiga kali dan macam² lagi lah...

ok, tu perjalanan dari Eropah ke Timur Tengah. Sekarang ni bergerak pulak cerita ke perjalanan dari Qatar ni ke negara kelahiran ini. oh Yeah!!! Malaysia!!!

Doha ke Kuala Lumpur
sepanjang perjalanan, inilah kemuncak cerita perjalanan yang memang aku tak akan lupa sampai bila². boleh kata ni lah sebaik baik kurniaan antara sebaik baik pemberian yang Allah bagi kat aku selama aku hidup. sabar, biar aku cerita satu².

ok, once aku dah sampai Doha, around jam 6 pagi gitu, (tapi suasana dah cerah macam jam 9 pagi), duduk lah di dalam airport untuk beberapa jam. mana tak nya, flight seterusnya jam 10 malam.

hambek!!! memang kempis lah punggung duduk memanjang.

so, dengan kemengantukan yang amat, aku pun singgah di surau dorang. after solat², bace Quran, aku pun lentok top top tidur. Maha Suci Allah, Dia saja yang tahu penat aku waktu tu.

well, first impression di negara orang arab ni, aku ingat dorang ni mesra suka bagi salam senyum sume macam orang arab kat france tapi sangkaan tu meleset. tak semua dorang ni cool dan peramah, mungkin sebab stress kerja ke apa tak tahu la. wallahuwalam.

ok, tu bukan part yang nak di tekankan dalam kemuncak cerita ni. apa yang nak di tekankan ialah...

JENG JENG JENG!!!!!!!

macam yang aku katakan tadi, inilah sebaik baik pemberian dari sebaik baik kurniaan rezeki yang Allah berikan pada aku dan sememangnya akan kusimpan memori ini sebagai sebaik - baik nikmat yang dihadiahkan dari Sang Pencipta kepada hambaNya yang hina.

Bersama imam muda dari Gaza, Palestin Bumi Anbiya.
Jazakalluhkhoir akhi yang tolong tangkap gambar. Sangat suka angle dia.

mula² tu memanglah macam tak percaya jumpa dorang di airport ni. Demi Allah, memang excited tahap gaban. nak dijadikan cerita, sedang aku duduk tunggu pintu pelepasan dibukak, tetiba adalah datang seorang yang bertopi baju serba sederhana. Sepertinya dia nak duduk dibarisan kerusi yang sama dengan aku. once aku tenampak mafla dorang, first perkataan yang keluar dari mulut aku ialah

"Aqsa Syarif"!!!!!

dorang terus senyum lebar gembira sebab ada yang mengenali pertubuhan yang menghantar dorang ni ke Malaysia. Waktu ni sebenarnya Aqsa Syarif telah membuat langkah efektif untuk melihatkan sendiri dan mendekatkan lagi rakyat Malaysia bersama rakyat palestin dalam perjuangan membebaskan Baitul Maqdis.

sepanjang ramadan tahun ni, dorang ni akan datang ke masjid² di seluruh Malaysia untuk mengimamkan sembahyang terawih dan menyampaikan tazkirah malah menceritakan sendiri suasana di negara mereka.

Dorang ni memang mesra, sangat² mesra. dorang cuba nak berbual dengan aku tapi almaklumlah, kalau bahasa tak sama ni, memang susah lah percubaan untuk menyampaikan apa yang nak dikatakan. in the end, ada seorang akhi (brader) yang sangat cool ni tolong translatekan semua.

dari mana dia datang???

haa, dia ni sekali flight dengan imam² ni dari mesir lagi. singgahnya di tempat sama dengan aku. memang dia sendiri pun tak sangka ada malaysian lain yang akan terjumpa dia. seriusly, jumpa dia ni baru sekejap tapi macam dah bertahun tahun kenal. borak² share² cerita tempat pengajian dan macam² lagi lah. Akhi ni lah yang tolong kami untuk berkenalan. ada jugak seorang imam Gaza ni yang pandai speaking london. dia ni pun ada jugak tolong untuk translate apa yang cuba disampaikan.

saat ni, terkenang kembali kisah pembelian tiket hari tu. bila ku fikir semula, memang Allah dah aturkan yang terbaik untuk hambaNya. ternyata, Allah telah menggantikan pelaburan wangku untuk membeli tiket di saat yang terdesak itu dengan pengalaman bersama orang Gaza sendiri yang mana ada antara mereka merupakan anak² syuhada.

Oh Allah, sememangnya susunan dariMu itu adalah sentiasa yang terbaik untuk hamba² Mu.....

waktu ni memang aku senyum jer memanjang. sampai sakit jugak pipi senyum sebab excited sangat dapat face to face dengan anak² pahlawan islam ni. membuatkan aku menjadi lebih bersemangat... (- -,)

dan pasti, inilah perjalanan pulang ku yang memang aku hargainya walaupun aku terpaksa mengeluarkan duit dengan lebih banyak sebagai pelaburan yang mendapat nikmat yang memang cool!

ya, pelaburan ku ini telah Allah gantikan dengan nikmat bertemu hamba² Nya yang berasal dari bumi yang diberkati...

percaya atau tidak, aku diberi lagi peluang oleh Allah SWT untuk duduk bersebelahan dengan salah seorang dari dorang sepanjang perjalanan ke kuala lumpur.

Masya Allah, alhamdulillah, sememangnya aku mensyukuri nikmat Allah ini yang tiada tolok bandingannya. ternyata ada sebabnya mengapa Allah memilih tarikh itu untukku sebagai tarikh perjalanan pulang aku.

duduk di sebelah imam muda ni. Namanya Mu'min dan
masih muda lagi. 18 tahun tak silap.
ha, jangan tak percaya. tapi malangnya, aku ni tak pandai berbahasa arab dan dia ni pulak tak berapa pandai bahasa inggeris. jadi memang susahlah nak bercerita berborak. adala jugak sedikit sebanyak perkataan arab yang aku faham tapi nak becakap fluently tu memang tak lah.

flight ni malam, so, dalam flight tu, kami solat isyak maghrib.

bacaannya masya Allah sangat merdu!!!!

bila solat tu, aku rasa macam betul² faham apa yang disampaikan dalam surah tu. bila kenang balik, teringin nak dengar lagi bacaan² dorang ni.

ada kengkadang tu, dengar dorang baca doa (video² yang diupload di facebook), memang cair dibuatnya dan rasa nak nangis pun ada jugak.

dan begitulah cerita yang benar² membuatkan aku ni menjadi seorang hamba yang sangat bersyukur dan tunduk patuh kepada segala yang telah diberikan olehNya kepadaku walaupun diawalnya aku merasa tidak senang dan sedih untuk "kehilangan" alat² tu. walhal Allah telah menyediakan sesuatu yang jauh lebih baik jika kita meyakininya. Wallahuwalam...

sependaratan kapal terbang ni di lapangan terbang antarabangsa kuala lumpur, aku menjabat tangannya lalu berkata

"ahlan wasahlan fil malizia ya akhi filastini"

dengan kondifennya aku bercakap walaupun tak pasti betol ke tidak apa yang kucakap. habislah... (=.=')

hahaha... memang cool dan osem perjalanan pulang kali ni. alhamdulillah, inilah kurniaan Ilahi yang sememangnya tidak mungkin akan kulupakan. semoga ia kekal hingga ke syurga.

untuk perjalanan seterusnya tu, tak da la menarik sangat tapi sememangnya pertemuan dengan dorang tu menjadi memori yang menemani aku sepanjang perjalanan balik. dan memang paling cool ialah bila mana dorang bagi aku mafla gaza tu secara percuma!!!!! hanya kerana aku bertanya mana nak dapat, dorang terus bagi aku. alhamdulillah....


Kuala Lumpur ke Labuan
well, ingat lagi tak tiket yang terpaksa dibeli beberapa hari lewat sebab harga hari sebelumnya tu tinggi melambung?

HAAA.... cantikkan susunan Allah...

tiket ni tarikh dia 22/07/2012. bayangkan kalau yang aku beli tu 21/07/2012, konfem aku miss flight kl labuan ni since tiket Qatar ke Kuala Lumpur tu dah lewat dari tarikh yang dijangkakan.

penerbangan dari kuala lumpur ke labuan yang mengambil masa selama 2 jam

subhanallah alhamdulillah, inilah perancangan yang sememangnya yang terbaik dari Allah untukku... tidak wajar sekiranya aku mengatakan aku ni rugi dan banyak habis duit beli tiket memandangkan Allah telah menggantikan dengan sesuatu yang sememangnya tidak mungkin dapat aku bayar jika aku inginkannya.

ok, ini satu hal. satu hal lagi, masa beli tiket ni, kebetulan pulak pertubuhan pelajar perancis nak buat talk tentang study di france. dan tarikh nya pulak 21 julai. zas! aku pun alhamdulillah dapat peluang untuk datang join sekaki. hahaha...

masha Allah walhamdulillah, tidak mampu aku ungkapkan lagi kesyukuran ni dengan nukilan yang tidak seberapa ini.

sebelum mengundurkan diri, mohon maaf andai terkasar bahasa dan maaf jua kerana pos kali ni panjang lebar sangat.

hehehe... almaklumlah, terinspirasi dengan blog Inche Gabbana...

sekian, wasalam...

doakan aku semoga dipermudahkan urusan dalam meneruskan pengajian di bumi napoleon ini...

dimanche 8 juillet 2012

Pengembaraan di Kota Andalusia 2

بسم الله ٱلرحمن ٱلرحيم

ٱلسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

masih ingat pos Pengembaraan ke Kota Andalusia sebelum ni? perancangannya nak sambung seminggu selepasnya tapi tak ada idea punya pasal, dan kekurangan bahan, memang payah la jugak nak sambung.

tapi itu bukan penghalang. biar aku sambung kisah perjalanan ni.

ingat tak soalan hari tu? pasal kenapa nama Gibraltar ni dulu Jabal Tariq?

Gibraltar dari La Linea de la Concepcion
jawapannya : pembuka kota ni bernama Tariq bin Ziyad

menyebut pasal pembuka ni, bukanlah maksudnya dia yang jumpa tanah ni lepas tu bukak pada orang then declare yang dia pemilik tanah tu. Pembuka ni sendiri bermaksud pembebas dari kezaliman memandangkan zaman ketika itu, Sepanyol di bawah pemerintahan Orang Gothic. Tanah pendudukan mereka sendiri boleh dikatakan luas menjauh. Sehingga tempat saya menyambung pengajian ini sendiri merupakan kawasan yang pernah ditakluk mereka.

Ketika pertarungan, raja yang jahat itu telah terjun ke dalam sungai kerana panik dan akhirnya mati lemas.

Dipendekkan jalan cerita, inilah kali pertama dapat melihat keagungan Allah yang disebutkan di dalam Surah Ar - Rahman (surah 55), ayat 19 dan 20.

"Dia biarkan air dua laut (yang masin dan yang tawar) mengalir, sedang keduanya pula bertemu. Di antara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadannya."

Percaya atau tidak, Jabal tariq ni la tempat permulaan penyebaran islam di Eropah, sehingga tersebarnya islam ke Perancis, malah akhirnya menjadikan Andalusia ni kawasan yang banyak kurniaan rezekiNya dari makanannya hinggalah ke keilmuwannya.

Ketika Eropah mengalami kegelapan zaman, islam mula menemui satu persatu ilmu teknologi yang mengangkat ketamadunan manusia dari yang dihina menjadi mulia dan dari yang papa kedana menjadi serba senang di bawah payung pemerintahan Sang Khalifah.

Maka tidak hairanlah ketika penduduk di utara sepanyol merasa terkejut malah terkasima apabila melihat masyarakat di Andalusia yang tanahnya gersang kering dan panas suatu ketika dahulu menjadi kawasan yang   subur tanamannya, beraliran sungai - sungai dan mata air, manakala masyarakatnya yang memakai minyak wangi.

Malah semakin banyak bangunan - bangunan yang dibina oleh khalifah untuk kegunaan masyarakat. Sehinggakan ditubuhkan sendiri sebuah universiti di Kordoba. Inilah yang dinamakan nikmat Allah untuk hamba - hambaNya.

Namun, Dia jua bisa menarik kembali untuk melihatkan dan mengajar kita sejarah agar kita tidak lalai leka dalam tujuan hidup.

Masih teringat ungkapan seorang kenalan berkata kepadaku :

"kalau sebelum ini kau menangis semangkuk, kalau kau membaca dan menghayatinya (kisah sejarah al Andalus), kau akan menangis sepuluh mangkuk"


benar katanya. kerana kehilangan kota Andalusia sebagai kota islam di Eropah merupakan suatu kehilangan yang amat memilukan.

kota Andalusia ketika zaman perpecahan
(menghampiri zaman penghujung Andalusia)
Tahun 1492, itulah tahun kekalahan tentera islam mempertahankan kota terakhir masyarakat islam di Eropah, kota Granada.

untuk bahagian Kota ini, biarlah saya ceritakan dikemudian hari. Cukuplah dahulu kali ini saya menceritakan kisah perjalanan di Jibraltar sebelum berganjak ke kota selainnya sepanjang perjalanan kembara sirah yang penuh makna lagi membuka mata fikiran.

teringat juga pesan seorang saudara yang penuh makna

"pelajarilah sejarah secara menyeluruh (global) untuk melihat dan memahami perjalanan hidup sebenar. Jangan hanya mempelajarinya secara skop yang terpencil kerana ini menyebabkan idea sejarah itu tidak sampai"

berapa orang dari kita pernah mendengar "Perjanjian Tordesillas"???

setelah penat berjalan, dan memahami sebenar - benarnya sejarah di bandar ini, dan menghayati erti pengorbanan pahlawan islam suatu ketika dahulu, kami pun pulang semula ke hotel dengan menaiki bas.

insyaallah di masa akan datang, akan disambung pula kisah perjalanan yang bagiku "bukan sekadar percutian berjalan - jalan, memenuhkan CV kononnya menunjukkan seorang yang banyak bergerak". Jari tanda aman sambil senyum.

CV ni selalu diguna oleh orang kat perancis untuk mohon sambung belajar, kerja dan banyak lagi. jadi ada satu bahagian, boleh letak tempat - tempat yang pernah dipergi. Makin banyak, kononnya makin hebat.

sekian,

ٱلسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

vendredi 8 juin 2012

Masihkah Punya Harapan?

,بسم الله ٱلرحمن ٱلرحيم

,السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


masa terlalu pantas berlalu sehingga aku sendiri tidak menyedari sudah dua tahun aku berada di Negara Napoleon ini. Sebuah negara yang kemajuannya amat membanggakan.

Perancis, berselatankan Sepanyol, bertimurkan Itali,
Switzerland, Jerman, Luxembourg dan Belgium.
memang benar masa itu terlalu cepat berlalu di negara yang sekular ini.

namun bukan itu yang ingin aku utamakan.

topik masa itulah yang benar - benar menarik perhatianku.

adakah kita ingat, atau mungkin terfikir, atau mungkin terlintas di akal tentang peringatan tentang masa?

pastinya sejak 1400 tahun dahulu lagi Allah telah mengingatkan dengan bersumpah demi masa.

mengapa masa ya? ciptaan Allah yang bernama masa ini merupakan sesuatu yang terlalu berharga sehingga tidak mungkin malah mustahil untuk mengejar kembali segala yang telah berlalu.

namun, Allah tidak berhenti di sana kerana andai kita teruskan bacaan surah peringatan ini, kita boleh sebesar - besar nasihat insyaallah yang mampu menyelamatkan kita dari kerugian ini.

itulah surah 103.

pepatah arab sendiri menyatakan

"masa itu ibarat pedang. jika kita tidak memotongnya, ia akan memotong kita"

begitulah kita sebagai manusia yang mewarisi bumi ini untuk dijaga sebagai amanah dari Allah. kita perlu sedar betapa besarnya tanggungjawab kita untuk mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.

berbalik kepada kehidupanku di Toulouse yang kini telah mencecah dua tahun.

dalam seminggu lagi, maka tamatlah praktikal yang aku lalui untuk 10 minggu. ya, aku berkerja di sebuah kilang penghasilan bahan kimia dan di sini, aku mendapat tanggungjawab untuk memeriksa sebarang kemungkinan untuk mengurangkan penggunaan baik tenaga elektrik mahupun tenaga wap.

biar aku tunjukkan apa yang boleh kita lakukan sebagai salah satu amanah menjaga bumi ini dari kebinasaan alam.

penukar haba Compabloc
cuba lihat peranti di sebelah. peranti ini dinamakan sebagai 'penukar haba Compabloc'. inilah salah satu tugasan yang perlu aku galas sepanjang praktikal ini.

dalam dunia ekonomi yang mereka cuba kukuhkan, mereka akan berfikir antara langkah - langkah untuk mengurangkan penggunaan tenaga. dalam tugasan ini, aku ditugaskan juga untuk memeriksa tenaga yang dapat dijimatkan dengan penyingkiran sebuah pam pemusing, air penyejuk dan sebagainya.

namun, sebagai langkah menjaga alam ini, aku terfikir bahawa dengan langkah ini, kita dapat mengurangkan pembebasan haba yang banyak ke udara memandangkan setiap peranti di kilang ini sendiri secara keseluruhannya melepaskan haba.

bukan aku bermaksud mengatakan mereka tidak menjaga alam sekitar. malah mereka sangat teliti dalam pengiraan peratusan bahan kimia yang dilepaskan ke udara.

namun apa yang ingin kuutarakan ialah, kita melakukan sebaik mungkin pengurangan tenaga ini dan sebagainya adalah kerana kita mematuhi peringatan Allah untuk menjaga alam bumi ini. kita patuh kerana kita taat kepadaNya, Yang mencipta kita.

dari segi alam flora dan fauna, mereka melihat dengan langkah - langkah keselamatan ini, dapatlah diselamatkan hidupan lain di muka bumi ini.

kita pula sepatutnya tahu bahawa kita melakukan langkah - langkah ini kerana tidak ingin menzalimi makhluk Allah yang lain.

itulah antara cara kita belajar ilmu Allah yang tidak pernah ada kesudahannya. dari kilang ini sendiri jua aku mempelajari pelbagai ilmu.

aku berharap agar pembaca tidak salah anggap yang aku menyalahi mereka dalam melakukan kebinasaan mahupun apa - apa yang berkaitan. ini cuma pandanganku bagaimana aku mengaitkan amanah Allah dalam melakukan kerja seharian.

sekian, mohon maaf andai terkasar bahasa.

ingin juga aku ucapkan terima kasih kepada pihak kilang yang sudi memilih diri ini untuk berpraktikal sepanjang 10 minggu.

sekian,

waalaikum salam warahmatullah wabarakatuh.

lundi 4 juin 2012

Masihkah Punya Harapan???

بسم الله الرحمن الرحيم

 ربنا لا تزغ قلوبنا بعد إذ هديتنا وهب لنا من لدنك رحمة إنك أنت ٱلوهاب

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


seringkali saya membaca doa tadi agar sentiasa berada di jalan yang benar. mungkin tidak ramai dari kita yang perasan bahawa doa ini merupakan ayat indah yang dipetik dari al Quran, surah ali imran, ayat ke 8.

mengapa ayat ni begitu saya jatuh cinta padanya sehingga ingin saya kongsikan?

saya dahulukan dengan terjemahannya dahulu.

"Ya Tuhan kami, janganlah Engkau condongkan hati kami kepada kesesatan setelah Engkau berikan petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Mu, sesungguhnya Engkau Maha Pemberi"

Pastinya sebagai seorang perantau di negara Napoleon ini, pelbagai rintangan malah halangan saya lalui baik dari masyarakat di sini mahupun masyarakat dari negara lain. hurm, macamana tu? alah, dunia sekarang kan ibarat di hujung jari. internet menghubungkan negara - negara. tapi tak palah. bukan itu yang ingin diutarakan.

sepanjang perjalanan ini, walau kuat dan hebat sekalipun hati dan semangat seorang pemuda itu, pastinya aka tiba di suatu masa, ia akan menjadi serapuh kayu reput dan ada masanya ia akan merasakan kesedihan yang mungkin tidak bisa ia lalui.

pelbagai rintangan telah saya lalui. dalam mengajak rakan - rakan kepada kebaikan, pastinya ada yang memandang negatif malah menuding jari mengatakan saya ini sudah terpengaruh dengan orang yang tidak elok. Maha Suci Allah, sememangnya saya sendiri sedih melihat salah satu situasi ini.

ada kalanya saya sendiri melihat masyarakat saya sendiri yang memperlekehkan kebaikan yang dilakukan oleh orang lain. malah pernah saya lalui sendiri situasi di mana saya ini dituduh sebagai golongan yang berfikiran kuno dek tidak mahu mengikut arus dunia masa kini yang berlumba - lumba mencari duit sebanyak mungkin, berpolitik secara nafsu semata malah ada yang lebih teruk lagi.

Maka dari itulah apabila bersedihan, saya bermuhasabah. Bersyukurnya kerana ditunjukkan cara hidup yang tidak terkejar - kejar dunia, aset yang ramai merebutnya tapi akhirnya sia - sia kerana ia tidak dapat dibawa ke mati. Saya sememangnya bersyukur ditunjukkan perbezaan antara 'keinginan' dan 'keperluan'. Alhamdulillah maka itulah sebabnya saya amat cintakan ayat cinta Allah dalam surah ke 3 ini.

Maka dari itulah, saya mengingatkan diri sendiri bahawa senantiasa ada golongan yang memperlekehkan sebarang kerja baik yang kita lakukan. Biarkanlah!

Mengapa saya berani berkata begini? kerana cuba kita lihat situasi ini.

kita buat jahat : orang mengata dan kita dapat dosa.

kita buat baik : orang mengata tapi kita dapat pahala.

kita tak buat apa - apa : orang mengata juga.

maka, lebih baik kita mengamalkan kebaikan. dapat pahala amal kebajikan, dan kalau orang mengata, insyaallah pahala lagi dapat. dan bersabarlah, kerana Allah bersama orang - orang yang sabar. tak percaya? mari kita lihat kembali pesanan Allah dalam al Quran.

"Dan taatilah Allah dan Rasul - Nya dan janganlah kamu berselisih, yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan kekuatanmu hilang dan bersabarlah. Sungguh, Allah bersama orang - orang yang sabar" [8:46]

sebagai muslim, alQuran dan hadith sudah mencukupi untuk menjadi asas dalam kehidupan. adakalanya saya terfikir juga, kalau peringatan Yang Mencipta kita ini sendiri saya tak patuh, macamana pula dengan peringatan yang lain?

Ya Allah, semoga aku ini tidak menjadi mereka yang berpatah kembali.

sekian, assalamualaikum.

mohon maaf andai terkasar bahasa.

dimanche 15 avril 2012

Pengembaraan ke Kota Andalusia

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera.

Siapa pernah terdengar perkataan "Andalusia"? hurm, kalau pernah, bagus dan kalau tak pernah, perkara yang biasa dan sudah menjadi penyakit yang menular dalam masyarakat kita sendiri. Banyak faktor kenapa masyarakat kita tidak begitu biasa dengan perkataan ni. Salah satunya, dulu di sekolah, belajar untuk peperiksaan. telan telan dan telan, dalam dewan peperiksaan, muntah semua.

hurm, itu secara zahirnya. jika dilihat dari asasnya, penyakit yang berlaku ialah "belajar untuk tahu" tetapi "bukan untuk faham".

bunyi macam sama tapi sebenarnya berbeza. jangan kita pandang remeh perkara seumpama ini kerana ketahuilah bahawa antara cara umat islam dihancurkan ialah serangan pemikiran dan salah satu serangan pemikiran itu ialah pencemaran sejarah kita.

hehe, tak perlulah panjang lebar dulu di bahagian tu.

sebenarnya, pos kali ni nak kongsi sikit pengalaman sendiri setelah dua kali ke kota andalusia ini. Andalusia tu sebenarnya terletak di Sepanyol.

peta sepanyol, bersebelahan dengan portugal dan perancis

ni pula peta kota andalusia sendiri:


hurm, kenapa beriya - iya sangat nak cerita kota andalusia ni? sepanyol bukannya negara islam(pandangan majoriti masyarakat yang tidak tahu sejarah sebenar).

tahu atau tidak, Kota Andalusia ni sebenarnya merupakan tanah islam sendiri. portugal dan sebahagian perancis itu sendiri merupakan tanah islam suatu ketika dahulu. memang kata orang "yang lepas biarlah lepas. bukannya boleh ubah pun". dari sedikit bahagian, ayat ni memang betul tapi sebenarnya, dari sejarah seperti inilah sepatutnya kita memahami dan mempelajari setiap sebab dan kesan yang berlaku di tanah ini.

untuk apa?

hurm, mestilah untuk persediaan kita di masa kini malah di masa hadapan. bukankah sejarah itu sendiri sebuah lakaran masa silam, masa kini dan masa akan datang. siapa kata sejarah hanya masa silam? teknikalnya, memanglah sejarah didefinisikan sebagai masa silam.

dah dah dah, tak perlu melalut sampai ke sini.

pengembaraan ni bermula dari penerbangan di perancis ke sepanyol dan titik permulaan pengembaraan di sepanyol ini kami lakukan serupa seperti kisah silam kita dulu di saat pembukaan islam di sepanyol.

itulah namanya Gibraltar! asal nama kota(negara atau naungan england?) ni Jabal Tariq ataupun bahasa malaysianya, bukit tariq.

Jabal Tariq. Tanah tinggi di hujung benua.

Maha Suci Allah, di hujung tanah sepanyol ni, tiba - tiba pula ada tanah tinggi. Berkelilingkan lautan, seolah - olah kawasan ni seperti sebuah pulau yang dicantumkan ke tanah sepanyol.

Pernah tak terfikir kenapa nama kota ni ada perkataan "Tariq"? cuba teka.


  • sebab tanah sepanyol TARIK Gibraltar ni sampai bercantum?
  • sebab Raja Islam pertama yang tadbir kawasan ni nama Tariq?
  • sebab pembuka kota ni nama Tariq?
  • sebab waktu peperangan pembukaan kota, seorang pahlawan islam bernama Tariq dibunuh?
hehehe, jawapannya mudah sahaja. tapi bukan sekarang jawapannya.

suatu perkara yang sangat menyentak kotak hati di kota ini ialah fenomena dua laut yang tidak bercantum airnya.

WOW!!!

apa maksudnya?

inilah kebesaran Allah yang menciptakan alam ini. secara sainsnya, benda ni berlaku disebabkan kepadatan air laut yang berbeza. di sini tempat bertemunya laut mediterranean dan laut alboran.

Maha Suci Allah yang Maha Mencipta! Kedua biji mata ini sendiri menyaksikan keagungan ciptaan itu. kenapa ditekankan bahagian ni ya?

biar kita lihat dari globalnya.
ketahuilah bahawa 1400 tahun dahulu, Allah dah tunjukkan pun antara kebesaranNya. as a muslim yang sepatutnya memahami, kekuasaan Maha Pencipta ini dapat dirujuk di dalam al Quran yang sangat bertepatan dengan keajaiban ini. Memang benar, kita selama ini ada yang tidak tahu kandungan alQuran yang indah lagi membenarkan keEsaan Allah SWT. Mari kita rujuk alQuran,

"Dia membiarkan dua laut mengalir yang keduanya bertemu. Di antara keduanya ada batas yang tidak dilampaui oleh masing - masing" 
[55: 19 - 20]

kalau kita lihat balik sirah nabi junjungan kita Muhammad SAW, baginda sendiri seorang yang tidak tahu membaca dan menulis. adalah suatu yang di luar kotak pemikiran kerana di zaman baginda dulu, teknologi bukanlah sehebat zaman sekarang. oleh yang demikian, mana mungkin baginda dapat mengkaji sains alam sekitar ni. inilah kuasa Allah yang Maha Mencipta yang dilihatkan melalui alam dunia dan ditunjukkan melalui kalamNya sendiri.

nah! hebat bukan kalam Allah. Cuma kita saja yang tidak meletakkan usaha untuk membuka alQuran dan membaca maksudnya malah memahaminya. Masih banyak lagi kandungan alQuran yang perlu kita ketahui untuk dijadikan amalan setiap hari.

maka, setakat ini sajalah dulu diri ini menceritakan kisah perjalanan mengenal erti sejarah dunia sebenar yang menceritakan secara global, bukan secara fokus yang hanya menimbulkan semangat nasionalisma, penyebab pemikiran tertutup tanpa mengetahui mengapa terjadinya pembentukan - pembentukan negara dewasa ini.

sekian, wabillah taufik wal hidayah, wasalamualaikum warahmatullahi wabarakatu. semoga bertemu di lain kali.